Latest
04/05 : Menantu dibenci anak dicuri
‘‘Namun kami lima beradik tidak menghadapi masalah tersebut, kerana ibu tak kahwin sehinggalah kami bersekolah. Dan masalah mempunyai ayah tiri tidak menghantui hidup kami kerana tiga orang daripada kami berpeluang melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama. Ibu pula setelah berkahwin sentiasa menyibukkan diri dalam perniagaannya dan suami barunya sentiasa ada di sisinya membantu. Kerana ibu memang pandai buat bisnes.
‘‘Namun setelah usia meningkat remaja, fikiran sentiasa terganggu kerana bimbang dan takut bakal mendapat ibu mertua tak sehaluan. Inilah antara cerita yang sering berlegar di kalangan pelajar perempuan yang dah masuk tingkatan empat dan lima ketika masing-masing sibuk mencari pasangan,’’ demikian cerita Natasha ketika kami berbual di telefon setelah saya membaca e-mel yang dikirimkannya.
Saya beberapa kali cuba menghubungi Natasha, tetapi gagal kerana kesibukannya. Cuma minggu lalu barulah beliau menghubungi penulis. Tambahan pula sebelum ini fikirannya sering terganggu setelah berlaku perang besar dengan suaminya. Katanya, hingga kini luka di tangannya belum sembuh akibat pukulan suaminya.
‘‘Saya selalu mengikuti ruangan DCCK ini dan tertarik untuk menceritakan pengalaman pahit saya, bukan untuk membuka pekung di dada, tetapi untuk meringankan sedikit masalah di dada dan yang sentiasa membelenggu kehidupan sejak mula kahwin lima tahun lalu.
Baca lagi
20/04 : Takut kena cerai suami kepala besar
Dalam e-melnya, Aini berkata, dia rasa sakit hati apabila membaca kisah hidup Mazimah. Mengapa ramai suami kalau dengan isteri, garangnya macam jembalang tanah tetapi bila dengan girlfriend, dia jadi lembik macam agar-agar.
”Pada pandangan saya ada baiknya Mazimah biarkan saja suaminya kahwin dengan gadis tersebut yang ternyata begitu ego sebab dapat rampas hak orang lain. Mudah-mudahan dia bertemu buku dengan ruas. Biar dia pula makan penampar. Saya percaya Mazimah bekerja, tinggalkan saja suami seperti itu biar dia jaga anak-anak, biar dia tahu susah senangnya.
Baca seterusnya
Go to page >>
Arkib DCCK
Topik Forum Terbaru
| Thread | Poster | Views | Replies | Lastpost | |
![]() |
POLIGAMIST: Suami Yang Paling Boleh Dipercayai Oleh Isteri (Kisah Rumahtangga) | Tok Ddeka | 8808 | 638 | DS Sat Nov 22 2008, 04:30AM |
![]() |
mood apa sekarang ? (Kisah Kita) | stepler | 196 | 35 | DS Sat Nov 22 2008, 03:32AM |
![]() |
Tred tempek2 (Kisah Kita) | dawai kokot | 164 | 34 | DS Sat Nov 22 2008, 03:03AM |
![]() |
Perkara yg merisaukan.. (Kisah Kita) | RedKebaya | 3038 | 445 | DS Sat Nov 22 2008, 02:59AM |
![]() |
Let's Share...ape-ape je (Kisah Kita) | RedKebaya | 7784 | 762 | DS Sat Nov 22 2008, 02:45AM |
![]() |
Buat apa hari ni.. (Kisah Kita) | RedKebaya | 617 | 131 | DS Sat Nov 22 2008, 02:35AM |
![]() |
Saya Ikhlas Nak Kawin Lagi (Kisah Rumahtangga) | ferrariJB | 5642 | 549 | DS Sat Nov 22 2008, 02:26AM |
![]() |
sekolah dah cuti..apa rancangan? (Jom Makan Angin!) | RedKebaya | 992 | 180 | DS Sat Nov 22 2008, 02:19AM |
| Threads: 2887 | Replies: 119742 | Views: 2353431 | |||||



