Bila Kawan Makan Kawan

“BERAT rasa hati saya untuk bercerita, takut dituduh orang membuka pekong di dada, tetapi semakin saya simpan semakin menyakitkan jiwa. Jadi kepada pembaca ambillah iktibar daripada pengalaman pahit saya ini. Walaupun peristiwa ini hampir empat tahun berlalu, tetapi hati saya terus menderita.’’ Itu cerita Noraeleyna dalam emelnya.

“Nasihat emak benda lepas jangan dikenang nanti menyakitkan jiwa, tapi ini lebih teruk lagi ia telah menghancurkan hati saya. Bayangkan saudara sendiri sanggup rampas teman lelaki saya untuk jadi suaminya? Kalau anda jadi saya apa anda buat?

“Beza umur saya dengan Salwatie tiga tahun saya lebih tua daripadanya. Dia duapupu saya kami sama sekampung, kami mula jadi kawan baik, bila emaknya minta izin saya hendak tumpangkan Salwa duduk rumah saya, kerana dia berpindah kerja di KL. Kebetulan bilik di rumah saya kosong, maka saya izinkan.

“Walaupun kami ada kaitan saudara, tetapi kami tak rapat. Pertama kerana umur berbeza, tak sama sekolah dan kami masuk kolej yang berbeza, jadi kami hanya kenal bila ada kenduri kahwin dan bila Hari Raya. Jadi kami memang tak rapat.

“Tapi bila duduk serumah kami jadi rapat, balik kampung sama, masak dan makan malam bersama, pergi shoping sama, jadi hubungan kami pun eratlah. Bila dah erat dan sudah lebih setahun tinggal bersama, maka Salwa tahu siapa kawan baik dan teman lelaki saya. Malah kalau saya lambat jawab telefon dialah yang akan jawabkan.

Pendek kata dia kenal semua kawan saya baik lelaki atau perempuan. Terutama teman pejabat.
“Nak jadikan cerita dia pernah datang ke pejabat saya apabila kami merancang untuk pergi makan angin dengan kawan-kawan saya. Oleh kerana dia peramah, maka dia cepat mesra dengan teman pejabat saya. Malah pernah ikut sama kumpulan kami yang kami panggil Kumpulan Makan Angin (KMA).

“Di sinilah bermula segala-galanya. Saya memang suka makan angin kalau tak balik kampung. Bukan pergi jalan jauh pun setakat dalam negeri saja. Paling tidak setahun dua kali kami berjalan. Tak kiralah sama ada ke Cameron Highland, Genting, PD, paling jauh ke PP, Bukit Merah, Kenyir dan ke Terengganu.

“Nak jadikan cerita semasa makan angin ke Bukit Merah teman lelaki saya, Khairel ikut serta, saya tumpang keretanya, pastilah Salwatie ikut serta bersama Ita teman pejabat saya dan Aiezam kawan baik Khairel. Dalam rombongan ini bukan kami sahaja, ada empat buah kereta lain, kawan-kawan pejabat dan kenalan masing-masing.

“Maaf, jangan salah sangka, kami lelaki perempuan tidur berasingan. Cuma kami suka jalan makan angin bersama. Kumpulan kami bukan bujang dan dara sahaja, malam yang dah berkahwin pun ada. Kalau ke PD ramai ikut serta dengan kereta masing-masing. Yang penting kami dapat eratkan persahabatan.

“Peristiwa Bukit Merah mencetus segala-galanya. Saya tak sangka Salwa tertarik dengan Khairel. Saya memang tak sedar perubahan Salwa pada hari-hari berikutnya. Bila telefon saya berbunyi dialah yang berlari menjawab. Terutama jika saya sedang solat ataupun sedang masak. Lepas dia bertanya khabar baru dia serahkan telefon kepada saya.

“Ketika itu saya langsung tak menaruh syak hinggalah satu hari kawan baik saya bertanya khabar Khairel. Selang beberapa hari teman lain pulak bertanyakan khabar Khairel. Saya dengan hairan bertanya balik, mengapa tanya Khairel, tak tanyakan khabar saya ke? Mereka tertawa sambil mengingatkan jangan biarkan Khairel sendirian selalu.

“Satu hari seorang ahli KMA jemput saya ke majlis kenduri kahwin adik mereka di Perak. Dia pujuk saya ajak Khairel ikut sama. Sebab saya beritahu mereka Khairel tak ikut kerana nak balik kampung. Puas kawan saya pujuk Khairel tapi dia tolak.

“Rupa-rupanya tanpa saya sedari Khairel sudah berubah hati dia semakin erat dengan Salwa. Terkejut beruk bila saya dapat tahu, patutlah Salwa beritahu saya dia akan pindah duduk dengan kawannya, dan dia akan usahakan cari pengganti di rumah sewa saya. Alasannya rumah barunya lebih dekat dengan pejabatnya. Rupa-rupanya mereka ada rancangan lain. Bila rahsia mereka terbongkar sudah terlewat untuk saya bertindak.

“Khairel tidak menafikan dia baik dengan Salwa. Kerana katanya antara kami belum ada ikatan, maka tidak salah kalau dia pilih Salwa. Tambah menyakitkan hati saya apabila dia kata saya hanya kawan biasa. Mudahnya lelaki berubah hati, bila bertemu dengan orang yang lebih muda daripada saya.

“Di luar pengetahuan saya, ramai kawan-kawan KMA tahu akan hubungan mereka, tetapi mereka tidak berani beritahu saya sebab mereka tahu saya dan Salwa bersaudara. Namun mereka bersimpati. Cuma akhirnya barulah seorang kawan bocorkan rahsia tentang hubungan Salwa dan Khairel dan meminta saya bersabar, tetapi semuanya sudah terlambat. Salwa tangkas memikat dan mengikat hati Khairel.

“Nak kata saya dah tua tak patut, sebab saya dan Khairel sebaya, cuma Salwa muda 3 tahun muda dari saya. Ketika itu hanya air mata jadi teman setia. Kawan-kawan jadi teman saya mencurahkan isi hati. Saya tak sangka Khairel boleh berubah hati, dan saya tak fikir Salwa sanggup jadi gunting dalam lipatan selama ini. Dia berpura-pura baik dengan saya semata-mata mahu mengambil kekasih saya.

“Saya masih ingat cerita Salwa antara sebab utama dia minta pindah tempat kerja kerana dia keciwa setelah kekasihnya diambil orang. Dia tak sanggup melihat muka kekasihnya, kerana itu dia minta tukar bekerja di KL dan ingin buka diari baru dalam hidupnya.

“Malangnya, di KL dia membuat tektik yang sama, dia sanggup ambil kekasih saya sebagai pengganti kekasihnya yang diambil orang. Dia pernah bercerita hatinya hancur dengan peristiwa itu, tetapi mengapa kini dia sanggup hancurkan hati saya demi kepuasan hatinya. Tidakkah dia terfikir bawa dia juga telah mengkhianati saya?

“Peristiwa itu membuat saya rasa malu nak balik kampung. Apa lagi nak mengadu pada emak, kerana emak pernah desak saya supaya segera kahwin, tetapi Khairel pernah beri jawapan “tak lari gunung di kejar’’.

“Tak sampai beberapa bulan berkenalan, Khairel dan Salwa bertunang. Ketika majlis pertunangan diadakan semua adik-beradik dan emak saya tidak dijemput. Emak tertanya-tanya, akhirnya saya terpaksa bercerita. Walaupun saya melahirkan rasa kesal mengizinkan Salwa tinggal di rumah sewa saya, tapi emak nasihatkan saya supaya berserah kepada Allah, bahawa Khairel bukan jodoh saya. Mungkin Allah akan beri saya yang lebih baik lagi.

“Tetapi kini sudah tiga tahun berlalu dan mereka sudah dapat seorang anak, saya masih lagi belum berkahwin. Umur semakin lanjut, dan jiwa semakin penuh penyesalan. Saya tak sangka Salwa sanggup menganiaya saya. Namun saya tak salahkan Salwa sahaja, Khairel juga bersalah. Jika dia sahabat setia, pasti dia tidak akan menganiaya saya, kerana kami lebih tiga tahun berkenalan sebelum itu. Malah dia pernah berjanji akan ambil saya isterinya. Cuma masanya belum sesuai sebab dia ada tanggungjawab yang perlu dibereskan.

“Kini saya tidak lagi aktif menyertai KMA, terutama jika kawan-kawan Khairel ikut serta kerana saya malu, tambahan pula saya tidak mahu dituduh menyertai kumpulan itu untuk cari suami. Kepada pembaca yang ada teman lelaki hati-hati, jangan kenalkan teman anda kepada kawan baik anda, jangan terlalu percayakan kawan kerana akhirnya anda akan keciwa seperti yang saya lalui. Menyesal kemudian tidak berguna.’’ Itu nasihat Noraeleyna mengakhiri ceritanya.

Carian pelawat:

  • main dengan kawan baik
  • Rogol kawan
  • rogol isteri kawan
  • cerita lucah bini kawan
  • crrita tumpang rumah kawan
  • cerita lucah kawan
  • rogol bini kawan
  • cerita rogol kawan
  • cerita lucah kawan baik
  • cerita lucah rogol isteri kawan

1 Response

  1. Muhammad fazli says:

    Pengajaran ambil iktibar, lelaki handsome banyak, tapi yang setia tidak banyak. Perhubungan perlu ikhlas.. attn- sex sbb nasfu tak best, tapi sex sbb cinta mmg puas… hmm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *