Latest

04/05 :  Menantu dibenci anak dicuri

   ‘‘SEJAK kecil, saya takut kalau dapat ibu atau berayah tiri. Mungkin kerana cerita-cerita negatif saya dengar dan yang diceritakan kawan-kawan ataupun saudara mara terdekat. Terutama setelah ibu bercerai.

‘‘Namun kami lima beradik tidak menghadapi masalah tersebut, kerana ibu tak kahwin sehinggalah kami bersekolah. Dan masalah mempunyai ayah tiri tidak menghantui hidup kami kerana tiga orang daripada kami berpeluang melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama. Ibu pula setelah berkahwin sentiasa menyibukkan diri dalam perniagaannya dan suami barunya sentiasa ada di sisinya membantu. Kerana ibu memang pandai buat bisnes.

‘‘Namun setelah usia meningkat remaja, fikiran sentiasa terganggu kerana bimbang dan takut bakal mendapat ibu mertua tak sehaluan. Inilah antara cerita yang sering berlegar di kalangan pelajar perempuan yang dah masuk tingkatan empat dan lima ketika masing-masing sibuk mencari pasangan,’’ demikian cerita Natasha ketika kami berbual di telefon setelah saya membaca e-mel yang dikirimkannya.

Saya beberapa kali cuba menghubungi Natasha, tetapi gagal kerana kesibukannya. Cuma minggu lalu barulah beliau menghubungi penulis. Tambahan pula sebelum ini fikirannya sering terganggu setelah berlaku perang besar dengan suaminya. Katanya, hingga kini luka di tangannya belum sembuh akibat pukulan suaminya.

‘‘Saya selalu mengikuti ruangan DCCK ini dan tertarik untuk menceritakan pengalaman pahit saya, bukan untuk membuka pekung di dada, tetapi untuk meringankan sedikit masalah di dada dan yang sentiasa membelenggu kehidupan sejak mula kahwin lima tahun lalu.

Baca lagi



Azhan  Artikel DCCK  Comment(s) 1  email to someone   printer friendly  create pdf of this news item   

20/04 :  Takut kena cerai suami kepala besar

   KEPERITAN hidup yang dihadapi oleh Mazimah seperti yang tersiar dalam DCCK 30 Mac lalu berjudul Poligami manisnya 1 masalahnya 9 membuat Puan Aini terpanggil untuk memberikan pendapatnya di samping menasihati beliau bangkit memperbaiki hidupnya dan jangan takut bertindak.

Dalam e-melnya, Aini berkata, dia rasa sakit hati apabila membaca kisah hidup Mazimah. Mengapa ramai suami kalau dengan isteri, garangnya macam jembalang tanah tetapi bila dengan girlfriend, dia jadi lembik macam agar-agar.

”Pada pandangan saya ada baiknya Mazimah biarkan saja suaminya kahwin dengan gadis tersebut yang ternyata begitu ego sebab dapat rampas hak orang lain. Mudah-mudahan dia bertemu buku dengan ruas. Biar dia pula makan penampar. Saya percaya Mazimah bekerja, tinggalkan saja suami seperti itu biar dia jaga anak-anak, biar dia tahu susah senangnya.

Baca seterusnya


Azhan  Artikel DCCK  Comment(s) 0  email to someone   printer friendly  create pdf of this news item   
Go to page       >>  

Arkib DCCK

Hanya lelaki pilihan boleh berpoligami Azhan @ (23 Mar : 10:21) (Artikel DCCK)
Belajarlah mencintai diri sendiri Azhan @ (04 Nov : 07:06) (Artikel DCCK)
Goda suami orang nak hidup mewah Azhan @ (21 Oct : 17:10) (Artikel DCCK)
Suami perlu selalu muhasabah diri Azhan @ (30 Sep : 17:15) (Artikel DCCK)
Apabila Suami Digoda Jiran Azhan @ (27 Aug : 05:16) (Artikel DCCK)
Jangan Tunjuk Mewah Pada Orang Azhan @ (12 Aug : 13:03) (Artikel DCCK)

Topik Forum Terbaru

  Thread Poster Views Replies Lastpost
POLIGAMIST: Suami Yang Paling Boleh Dipercayai Oleh Isteri (Kisah Rumahtangga) Tok Ddeka 8808 638 DS
Sat Nov 22 2008, 04:30AM 
mood apa sekarang ? (Kisah Kita) stepler 196 35 DS
Sat Nov 22 2008, 03:32AM 
Tred tempek2 (Kisah Kita) dawai kokot 164 34 DS
Sat Nov 22 2008, 03:03AM 
Perkara yg merisaukan.. (Kisah Kita) RedKebaya 3038 445 DS
Sat Nov 22 2008, 02:59AM 
Let's Share...ape-ape je (Kisah Kita) RedKebaya 7784 762 DS
Sat Nov 22 2008, 02:45AM 
Buat apa hari ni.. (Kisah Kita) RedKebaya 617 131 DS
Sat Nov 22 2008, 02:35AM 
Saya Ikhlas Nak Kawin Lagi (Kisah Rumahtangga) ferrariJB 5642 549 DS
Sat Nov 22 2008, 02:26AM 
sekolah dah cuti..apa rancangan? (Jom Makan Angin!) RedKebaya 992 180 DS
Sat Nov 22 2008, 02:19AM 
Threads: 2887 | Replies: 119742 | Views: 2353433