Maimunah Yusof: Her Biography

Maimunah Yusoff Utusan MalaysiaFull Name / Nama Penuh
Maimunah bt Mohamad Yusof

Birth Place / Tempat Lahir
Port Dickson, Negeri Sembilan

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Jalan Pasar, Kuala Lumpur kemudian meneruskan pelajaran ke Sekolah Menengah Jalan Cochrane, kemudian ke Sekolah Aminuddin Baki, Kampung Pandan Kuala Lumpur, hingga ke tingkatan lima, niat melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam gagal di tengah jalan kerana keluarganya kurang berkemampuan.

Beliau membabitkan diri dalam bidang kewartawan bermula dengan diterima bekerja sebagai pemberita dengan Syarikat Utusan Melayu Malaysia Berhad pada tahun 1968, kemudian beliau dihantar mendapatkan untuk mendapatkan didikan dalam bidang kewartawanan di Institut Akhbar, di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Selepas tamat latihan beliau diterima bekerja sebagai pemberita dengan akhbar Utusan Malaysia pada tahun yang sama. Beliau kemudian di lantik menjadi Penyunting ruangan wanita akhbar Mingguan Malaysia dan seterusnya dipindahkan sebagai Penyunting Kanan ruangan wanita Utusan Malaysia.

Pada tahun 1980 beliau telah dilantik menjadi Penolong Pengarang akhbar Mingguan Malaysia yang merupakan wanita pertama dilantik memegang jawatan tersebut di dalam akhbar Kumpulan Utusan. Pada tahun 1983 beliau telah ditukarkan menjadi Penolong Pengarang Majalah Wanita, salah sebuah majalah keluaran Kumpulan Utusan Melayu ketika itu.

Setahun kemudian kerana beliau berjaya meningkatkan jumlah edaran majalah wanita lebih 100,000 naskah sebulan beliau telah dinaikan pangkat sebagai Pengarang Majalah Wanita pada bulan Februari 1984. Dengan perlantikan itu juga menjadikan beliau wanita pertama dari akhbar Kumpulan Utusan telah memegang jawatan tersebut, di mana sebelumnya cuma diberikan jawatan sebagai Penolong Pengarang sahaja. Untuk pengetahuan majalah Wanita pertama mula diterbitkan pada bulan Ogos 1969.

Utusan Melayu NewspaperPada tahun 1986 bulan Julai dengan pengalaman yang banyak dalam penulisan berkaitan wanita, beliau telah dipindahkan kembali ke Utusan Melayu dengan jawatan Pengarang Halaman Wanita Akhbar Kumpulan Utusan yang bertanggungjawab mengelolakan pengeluaran halaman wanita untuk akhbar Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia, Utusan Melayu (jawi) dan Utusan Zaman (jawi).

Sepuluh tahun kemudian beliau dilantik menjadi Pengarang Akhbar Mingguan Malaysia yang edarannya ketika itu lebih 500,000. Beliau juga merupakan satu-satunya wanita yang pertama di Utusan Melayu menjadi Pengarang Mingguan Malaysia yang sebelumnya hanya dijawat oleh kaum lelaki sahaja. Perlantikan beliau memandangkan kepada kemampuannya yang sebelum itu pernah menjadi Penolong Pengarang Mingguan Malaysia.

Dan pada bulan Januari tahun 2000 beliau telah dilantik menjadi wanita pertama Ketua Bahagian Majalah Kumpulan Utusan, yang merupakan sebuah jabatan yang menerbitkan 11 buah majalah terbitan Utusan Melayu ketika iaitu, Majalah Mastika, Wanita, Utusan Radio dan Televisyen (URTV) Mangga, Hai, Pemikir, Rias, Kawan, Al-Islam, Massa dan Saji.

Utusan Karya MagazinesPada tahun 2003 beliau telah diberikan mandat khas dan kepercayaan oleh Syarikat Kumpulan Utusan untuk menjadikan Bahagian Majalah Kumpulan Utusan sebagai sebuah anak Syarikat Kumpulan Utusan yang kemudiannya diberikan nama sebagai Utusan Karya Sdn Bhd.

Serentak kejayaan itu beliau kemudiannya telah diberikan kepercayaan dan dilantik sebagai Ketua Pengarang Majalah dan Ketua Pengawai Operasi Utusan Karya Sdn Bhd yang bertanggungjawab sepenuhnya untuk memajukan lagi penerbitan majalah-majalah terbitan Kumpulan Utusan, selain daripada berusaha untuk menerbitkan lagi beberapa buah majalah baru terbitan Utusan Karya.

Harmoni MagazineUsaha dan kerja keras beliau berjaya apabila tahun 2004 dua buah lagi majalah baru diterbitkan oleh Utusan Karya iaitu majalah Harmoni khusus untuk wanita dan majalah Umph khas untuk lelaki.

Sepanjang berkhidmat dengan akhbar Kumpulan Utusan Melayu beliau telah banyak membuat perubahan dan kesedaran kepada kaum wanita tentang hak dan tanggungjawab mereka kepada keluarga dan diri mereka sendiri juga hak mereka sebagai isteri.

Kesedaran itu banyak beliau lahirkan melalui penulisannya dalam ruangan-ruangan wanita di akhbar Utusan mahupun majalah Wanita. Tetapi yang lebih menyerlah adalah melalui ruangan khas beliau yang dinamakan Di Celah-Celah Kehidupan yang disiarkan pada setiap hari Ahad dalam akhbar Mingguan Malaysia bermula tahun 1980. Ruangan Di celah-celah Kehidupan ini terus popular hingga kini dengan nama singkatnya DCCK.

Bagaimanapun pendedahan awal untuk menyedarkan wanita tentang haknya dalam rumah tangga banyak beliau lakukan sejak tahun 1970an dengan menyiarkan rencana-rencana permasalahan dan penderitaan yang dihadapi oleh kaum wanita yang telah diceraikan dan ditinggalkan (digantung tak bertali) oleh suami masing-masing tanpa sebarang nafkah hidup. Pendedahan demi pendedahan yang banyak beliau lakukan telah menarik perhatian seorang khadi di negeri Selangor, Tuan Haji Arshad Mashjuri iaitu Khadi Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur. Haji Arshad Masjuri kemudiannya telah mengambil inisiatif melantik wanita menjadi Pengawai Penasihat di pejabatnya khusus membantu beliau menghadapi kaum wanita yang bermasalah dan menasihati setakat yang mampu sebelum bertemu dengan khadi.

Masjid Sultan Salehuddin MosqueLangkah Tuan Haji Arshad akhirnya menjadi ikutan di seluruh negeri Selangor dan Malaysia, kerana pegawai penasihat ini tidak kurang besar peranannya membantu khadi menasihati kaum wanita yang menghadapi masalah rumah tangga, diceraikan mahupun ditinggalkan tanpa sebarang nafkah dari suami masing-masing.

Usaha Puan Maimunah juga telah membawa perubahan dan pandangan terhadap nasib wanita yang diceraikan dan ketika itulah beliau melahirkan hasrat dan menggesa kerajaan supaya diadakan satu undang-undang khas untuk menjaga dan melindungi nasib kaum wanita yang diceraikan terutama tentang pemberian nafkah, hadanah dan pembahagian harta sepencarian.

Hasil desakan dan seruan beliau akhirnya mendapat sokongan dari pertubuhan-pertubuhan wanita. Kalau pembaca masih ingat lagi pada tahun 1972 bermulanya usaha kerajaan untuk mengadakan satu undang-undang khas yang dinamakan Undang-Undang Keluarga Islam yang ketika itu dipengerusikan oleh allahyarham Datuk Wan Abdul Kadir Wan Ismail.

Pada tahun 1992 sekali bagi beliau telah berusaha untuk menukar penggunaan perkataan janda kepada ibu tunggal dengan tujuan untuk memberi perangsang serta semangat kepada kaum wanita agar tidak malu, sebaliknya berani penghadapi cabaran hidup walaupun selepas bercerai atau menjadi balu. Tujuan beliau supaya kaum wanita bangga dengan usaha dan keringatnya hingga berjaya menghidupkan dan memelihara anak-anak mereka sendiri seorang diri sebagai ibu tunggal.

Walaupun perubahan nama itu pada awalnya agak janggal dan tidak berapa popular untuk digunakan, tetapi beliau telah mempopularkannya dengan mengambil inisiatif menubuhkan Kelab Ibu Tunggal (KIT) di mana beliau menjadi penasihatnya pada peringkat permulaan. Melalui kelab itu Puan Maimunah telah menganjurkan pelbagai jenis ceramah dan seminar bagi memperkasa semangat kaum wanita supaya tidak malu menjadi ibu tunggal sebaliknya mereka seharusnya berbangga berjaya membesarkan anak-anak seorang diri tanpa pertolongan suami. Falsafah dan nasihat beliau kepada ibu-ibu tunggal hidup mesti diteruskan.

Kini perkataan ibu tunggal bukan sahaja popular malah telah melahirkan banyak persatuan-persatuan ibu tunggal di seluruh negara hingga ke Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Dalam bidang fesyen pula sebagai Pengarah Halaman Wanita beliau telah mempopularkan penggunaan nama khas bagi Kebaya Kurung kepada nama Kebarung dan nama kebaya Kebarung itu diguna pakai sehingga ini.

Di samping menjalankan tugas sehariannya dengan akhbar Kumpulan Utusan, beliau juga aktif dalam dalam persatuan-persatuan wanita. Beliau pernah menyandang jawatan sebagai Ketua 11 Persatuan Wartawan Wanita Malaysia (PERTAMA), pernah menjadi ahli jawatankuasa DEWANITA (Dewan Perniagaan Melayu Wanita Negeri Sembilan, Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga kawasan Perlimen Rasah dan ahli jawatan kuasa Belia 4B Rasah. Beliau juga adalah Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Rasah, Negeri Sembilan mulai tahun 1996 hingga kini dan menjadi ahli yang aktif dalam UMNO sejak menjadi ahli pada tahun 1986 lagi.

Utusan MelayuKini beliau bersara dari Kumpulan Utusan dengan jawatan akhirnya sebagai Ketua Pengarang dan Ketua Pegawai Operasi Utusan Karya sebuah anak syarikat Kumpulan Utusan Melayu pada bulan Januari 2005.

Sesiapa yang ingin berkongsi cerita secara peribadi, bolehleh terus menghantar cerita pada email peribadi Puan Maimunah di dcckmonaum [at] hotmail.com