Hanya lelaki pilihan boleh berpoligami?

DCCK Mingguan Malaysia, 23 Mac 2008

‘‘SAYA amat tersentuh dengan isu poligami yang dibentangkan beberapa minggu lalu, terutama oleh Farra Emelia, kerana saya terlibat kahwin suami orang. Saya rasa pandangan yang saya luahkan ini mungkin satu dalam seratus, tetapi mungkin boleh mengubah persepsi masyarakat kita terhadap wanita yang bergelar isteri kedua,’’ demikian kata Nurhazira ketika penulis menemuinya di sebuah restoran di KL Sentral baru-baru ini. Sebelum itu beliau menghantar e-mel dan penulis berbesar hati kerana Nurhazira sudi berkongsi pengalamannya, setelah mendapat keizinan suami.

‘‘Sebenarnya saya tak takut kalau puan siarkan nama betul saya, sebab saya berada di tempat yang benar. Banyak sebab mengapa saya tertarik untuk jadi isteri kedua, selain lelaki bujang yang rata-rata tak minat berkahwin dan tidak bertanggungjawab.

‘‘Secara jujur saya rasa tidak ada seorang gadis pun di dunia ini mengimpikan berkahwin dengan suami orang apalagi berkongsi kasih. Saya juga tidak impikan begitu. Tapi, kalau memang begitu takdir kita apa daya saya menolak ketentuan-Nya.

‘‘Seperti gadis lain saya juga teringin berkahwin berpinang, beradat, bersanding dan diraikan oleh sanak saudara dan rakan taulan, tetapi apakan daya. Kalau kahwin suami orang kita tidak akan berasa semua itu, kecualilah seorang dua yang bertuah dipinang bakal madu. Saya tidak begitu.

‘‘Perkenalan kami secara tidak langsung di rumah kawan. Kebetulan Suhaimi peramah, suka berjenaka dan mudah bergaul telah tertarik dengan perwatakan saya, begitu juga saya cepat mesra dengannya.

‘‘Perkenalan kami berakhir dengan beberapa kali perjumpaan dan seterusnya Suhaimi melahirkan hasrat untuk menjadikan saya isterinya. Dia beritahu sudah berkahwin dan punyai tiga orang anak. Dia tidak memburukkan isterinya, malah berkata dia ingin berkahwin kerana antara kami ada keserasian, dan saya senang dengan tindak tanduk serta kejujurannya.

‘‘Namun memang pada mulanya saya menolak, kerana saya belum bersedia berkahwin terutama dengan suami orang, tetapi setelah saya mendapat petunjuk dan saya rasakan dialah jodoh yang terbaik, saya terima dengan kesyukuran.

‘‘Memang benar sebelum ini bukan saya tak ada teman lelaki yang masih bujang tapi, tak ada yang boleh dijadikan suami. Mereka layak digelar kawan sahaja.

‘‘Bukan maksud saya menidakkan bahawa di luar sana tidak ada lelaki bujang yang baik tapi mungkin saya tidak bernasib baik kerana tidak bertemu mereka. Kenapa saya memilih suami saya sekarang walaupun saya tahu dia suami orang, adalah kerana kejujuran, sifatnya yang bertanggungjawab, berbudi bahasa dan yang penting pegangan agama yang kuat.

‘‘Saya masih ingat kali pertama bertemu, dia dengan jujur mengaku sudah ada anak dan isteri. Saya tidak kisah kerana ketika itu kami sekadar berkawan dan dia merupakan salah seorang dari kawan saya. Jadi waktu itu dia tak masuk dalam buku saya pun.

‘‘Tetapi beberapa bulan sebelum itu saya putus cinta. Dan kali pertama saya keluar makan bersamanya saya sudah dapat rasakan keserasian antara kami. Kami berbual dan berjenaka seolah-olah kami sudah terlalu lama kenal.

‘‘Selang dua tiga hari, dia menyatakan dia menyukai saya. Mulanya saya agak ragu-ragu juga kerana dia suami orang, tapi dia tidak memaksa saya menerimanya, sebaliknya memberi saya ruang untuk mengenali dan menilai dirinya.

‘‘Sepanjang berkawan, tak pernah sekalipun dia memburukkan isterinya. Dia ceritakan pada saya semuanya yang baik-baik. Malah selalu memuji isteri dan anak-anaknya. Setiap hari sekurang-kurangnya dua kali dia akan call isterinya, kerana isterinya di utara tanah air sedangkan dia bekerja di KL. Hujung minggu baru balik.

‘‘Dia cukup menyayangi anak dan isterinya. Tidak pernah sekalipun saya lihat dia bercakap kasar dengan mereka. Cakapnya cukup lemah lembut dan penuh kasih sayang. Saya kagum dengan caranya, walaupun ketika itu kami sedang bercinta, tetapi hati dan cintanya tetap pada anak isterinya malah saya lihat semakin hari semakin dalam kasihnya pada keluarga.

‘‘Tidak seperti kebanyakan lelaki, kalau dah dapat kekasih baru, anak isteri diabaikan. Kerana sifat seperti inilah saya berani menerima lamarannya, walaupun saya sedar masyarakat tidak dapat menerima isteri kedua.

‘‘Suhaimi datang ke kampung bertemu ibu untuk melamar. Alhamdulillah ibu tidak membantah kerana ibu lihat kejujurannya, tetapi sayangnya kami tidak boleh berkahwin di kampung kerana undang-undang yang sedia ada. Dan atas permintaan Suhaimi yang mahu merahsiakan perkahwinan kami. Dia mahu beritahu isterinya satu hari nanti apabila isterinya boleh terima hasratnya berkahwin lagi.

‘‘Dua tahun lepas kami berkahwin di Yala, secara yang sah, di pejabat yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia bukan melalui sindikit. Walaupun kami cuba rahsiakan, tetapi kawan suami saya membocorkannya, setelah setahun kami berkahwin.

‘‘Satu hari tanpa kami sedari madu saya Kak Sara bersama ibu dan kakaknya mengekori kami sampai ke rumah ketika pulang dari pejabat. Bila kami hendak masuk ke rumah, Kak Sara terus menerkam Suhaimi dan menamparnya. Ibu dan kakak Kak Sara memaki hamun sambil menuduh saya bomohkan Suhaimi supaya gilakan saya.

‘‘Mereka tuduh saya anak Orang Asli kerana saya orang Pahang. Kata mereka, ilmu Orang Asli yang buatkan Suhaimi gila dan kahwin dengan saya. Walaupun saya cuba nafikan tapi mereka terus menuduh dan menyerang, sambil memaki hamun.

‘‘Walaupun saya tak bertudung tapi saya tak pandai pasal bomoh. Suhaimi tahu sebab saya sentiasa bersamanya masa bila pula saya jumpa bomoh. Saya juga tidak pernah ganggu hidupnya, sebab itu lebih setahun kahwin Kak Sara tak tahu. Suami saya juga pulang ke kampung isterinya setiap minggu, hantar wang, kadang tu bila isterinya telefon minta duit lebih suami saya minta pergi masukkan duit ke bank. Pernah juga bila dia tak sempat ke bank, saya beri duit saya. Saya pastikan Suhaimi bertanggungjawab kepada keluarganya, saya tak mahu mereka bercerai-berai.

‘‘Sebab saya juga adalah anak mangsa ayah tidak bertanggungjawab dan sering berganti isteri, tetapi kebajikan anak-anak tidak dipedulikan. Malah dua adik-beradik saya dilarikan, seorang dihantar kepada nenek di kampung sementara yang kecil ayah beri kepada isterinya yang tak ada anak. Hingga hari ini kami tak berjumpa, malah mereka tidak mengaku kami adik-beradik sebab ibu bukan orang kaya.

‘‘Sejak berkahwin saya sentiasa beralah dengan madu. Suhaimi memang lebihkan Kak Sara. Tapi saya sedar kerana saya nombor dua. Tetapi sejak diserang hidup saya yang aman bertukar huru-hara. Saya dituduh mengguna bomoh. Pantang dia demam, atau anak-anak sakit gatal-gatal mahupun kakinya sengal dia tuduh saya buat ilmu. Mulalah maki saya kerana bela hantu, bela jin boragas, dan pelesit. Apalah saya tahu benda-benda itu. Bela arnab okeylah.

‘‘Dia juga tuduh saya bagi suami makan benda-benda kotor, sebab itu dia jadi bodoh ikut cakap saya. Sebenarnya Suhaimi rajin ke dapur, kami masak bersama, jadi masa bila nak bubuh benda-benda kotor tu. Kerana dia tuduh saya ilmukan Suhaimi jugalah Kak Sara mula asingkan dirinya dan menyuruh Suhaimi tidur di luar. Dia tak mahu layan langsung selagi saya tidak diceraikan, itu syaratnya kalau mahu berbaik semula.

‘‘Tak cukup itu dia sebarkan fitnah yang sama kepada saudara mara suami saya, dan kawan-kawan kami. Ada kalangan mereka yang percaya dan termakan hasutan turut menggesa suami saya ceraikan saya.

‘‘Tetapi taktik menghasut dan membenci saya kepada keluarga suami, ibu bapa dan adik-beradik serta saudara-mara suami saya semuanya tidak menjadi, sebaliknya lepas beberapa bulan mereka mula menyukai saya, setelah mengenali siapa saya yang amat berbeza dengan Kak Sara yang tak suka bergaul dengan keluarga suami saya. Pendek kata, semua hasutan dan tuduhannya berpatah balik memburukkannya.

‘‘Namun Kak Sara tetap tidak berpuas hati, akhirnya dia mendesak Suhaimi menceraikannya. Tetapi saya nasihatkan Suhaimi jangan ceraikan Kak Sara demi anak-anaknya, saya tak mahu anak-anak jadi mangsa seperti nasib saya semasa kecil dahulu.

‘‘Setahu saya keluarga Kak Sara memang kaki bomoh, sikit-sikit tilik bomoh, mereka memang taksub dengan bomoh. Hinggakan belalang padang masuk rumah pun dia tuduh saya hantar pelesit. Benda tahyul itu dia simpan tunjuk kepada suami saya bila balik nanti. Kalau dah selalu sangat didesak akhirnya termasuk juga pada akalnya.

‘‘Satu hari balik dari rumah Kak Sara, Suhaimi tanya saya betul ke saya ada bomohkan Kak Sara? Terkejut saya. Hati kecil saya benar-benar terguris, berjaya juga Kak Sara menghasut. Untuk puaskan hatinya, dia ajak saya jumpa seorang ustaz. Saya setuju. Bila sah saya memang bersih tak ada bela hantu, setan, jin boragas, hantu raya dan sebagainya, barulah dia puas hati.

‘‘Sebenarnya Kak Sara sakit hati sebab keluarga suami saya boleh terima saya dengan baik. Dia memang tak tahu bawa diri bila berada di kampung suaminya. Bapa mentua juga suka bila saya balik kampung. Kadang-kadang mereka menceritakan mereka tak sukakan kelakuan Kak Sara.

‘‘Berbalik pada soal duit belanja, walaupun Kak Sara dapat lebih tetapi selalu mengadu tak cukup. Sebenarnya duitnya banyak dibelanjakan untuk jumpa bomoh.

‘‘Dia juga suka kompelin konon perhiasan rumahnya tak cukup, tak selesa nak tinggal, tetapi ipar saya yang pernah ke rumahnya beritahu, rumah Kak Sara banglo besar peralatan dalam rumahnya macam hotel, lengkap segalanya. Malangnya dia tak bersyukur. Sedangkan saya cuma duduk menyewa rumah flat. Tapi saya bersyukur inilah rumah saya dan saya amat bahagia kini.

‘‘Kalau dulu Kak Sara sering mendesak saya diceraikan, tetapi hidup saya semakin bahagia, sebaliknya hubungannya dengan Suhaimi semakin renggang, bukan kerana bomoh dan ilmu hitam, tetapi atas desakan dan perbuatannya sendiri yang sering minta cerai dan halau suami tidur di ruang tamu setiap kali suami balik ke rumah, kerana alasannya dia rasa jijik dan geli tidur dengan suaminya, selagi tidak ceraikan saya.

‘‘Saya ingin tanya salah siapa kalau satu hari suami bencikan Kak Sara? Semua ini berlaku kerana perbuatannya yang sering menjerkah, mengutuk dan menghalau suami. Kadang tu suami saya terpaksa telefon Kak Sara dahulu sama ada dia boleh balik minggu itu atau tidak, kerana pernah berlaku suami tidur di hotel kerana Kak Sara tak mahu buka gate. Alasannya dia tidak dengar bunyi kereta dan panggilan suami.

‘‘Tujuan saya memaparkan kisah hidup ini supaya masyarakat tahu bukan semua isteri kedua itu jahat dan menganiaya isteri pertama. Sebaliknya mereka yang menyusahkan diri, menyeksa suami dan menganiaya isteri kedua. Maaf kalau saya katakan ada kalanya isteri kedua itu lebih baik, penyabar dan baik hati melebihi isteri pertama, tetapi mereka dilabel perampas suami orang.

‘‘Bukan semua lelaki Allah kurniakan dia boleh beristeri lebih daripada satu. Mungkin Allah ingin menguji lelaki itu sama ada boleh adil atau Dia ingin menduga sejauh mana kesabaran isteri melayan kerenah suami. Mungkin juga ujian bagi isteri kedua macam saya sama ada boleh bertolak ansur dan belajar berkongsi. Dan supaya Kak Sara tahu menghargai serta melayan suami sebaiknya, bukan menggelarkannya macam monyet,’’ demikian cerita Nurhazira.

Kini terpulanglah kepada anda membuat keputusan apakah benar, bukan semua lelaki berpeluang menjadi pilihan Allah beristeri lebih daripada satu dan apakah sebabnya. Bolehkah dia berlaku adil, atau menerima balasan di akhirat kelak?

– MAIMUNAH

www.dcckmona.com
dcckmonaum@hotmail.com

82 Responses

  1. yanti says:

    ek..eleh… polipoli… kau ni mesti ambik laki org… sbb tu kata mencabar kesabaran… sebenarnya ko yg mencabar kesabaran… kau tengoklah laki yg kau kau pelok tu.. bila madu kau dah rasa masam….. kau rasalah kegembiraan nya…. pakai tudung… tapi perangai cam syetan…

    Hipokrit… kaulah musuh kaum sendiri… Jgn harap ku akan bahagia… klu bahagia kau tu meruntuhkan masjid org lain… sedar diri ….

  2. fieyna says:

    assalamualaikum semua…..
    isu poligami xkn pernah habis….cuma bg saya sebagai wanita, kita jgn cepat melatah…sekiranya anda di tempat isteri pertama, kaji kekurangan diri, n cuba perbaiki. jika anda di tempat isteri kedua, fikirlah masak-masak apa hala tuju anda dalam perkahwinan tersebut.memang lumrah lelaki akan menegakkan sunnah nabi dalam isu berpoligami, kerana poligami merupakan kelebihan bagi mereka….tapi bukan semua mampu menjadi adil.cuma satu yg saya pinta pada semua kaum wanita, x kira anda isteri pertama atau kedua, jangan memburukkan poligami walaupun memang Allah saja yang tau betapa hancurnya hati kita bile suami ingin berkahwin lain.poligami merupakan satu perkara yang halal….jadi jangan mengharamkan perkara yang halal….saya juga seorang wanita….saya tidak berniat menyokong atau membangkang isu poligami….tetapi tolonglah fikirkan kesannya pada agama kita sendiri…perkahwinan itu sesuatu yang suci, poligami pula perkara yang halal….kalau ramai wanita yang memburukkan poligami, n lebih teruk lagi menganggap lelaki ingin berpoligami kerana isu sex semata-mata, apa pandangan orang bukan Islam pada Islam? mereka akan mengganggap bahawa pandangan mereka selama ini yang poligami menjadikan wanita sebagai hamba sex dan mengganggap poligami sebagai perhambaan sex itu benar, hanya kerana kemarahan kaum wanita Islam sendiri….jgn biarkan emosi mengawal jasad…kerana mulut badan binasa, tetpi jgnlah kerana mulut juga Islam binasa…..bukanlah saya seorg ustazah atau seorg wanita yang terlalu baik, ini cuma pandangan saya.saya juga wanita….jika anda di tempat isteri pertama, sekali lagi saya nasihatkan, kaji kekurangan diri sendiri.kalau anda rasa anda telah melayan suami dengan baik, maka mungkin Allah ingin menguji tahap kesabaran kita, payung emas menunggu di syurga, InsyaAllah…..sekiranya anda di tempat isteri kedua, kaji lah diri anda juga, tanya diri sendiri, apa yang anda harapkan dari perkahwinan tersebut? mampukah anda pastikan bahawa suami tersebut akan berlakun adil pada isteri pertama dan anda?…tepuk dada tanya selera….walau apapun, ingatlah, Islam itu indah….Allah menyediakan yang terbaik buat hambaNya yang beriman dan bersabar…wallahualam

  3. polipoli says:

    Betul tu Fieyna.

    Utk Yanti, sy tak terlibat dgn hal peribadi anda. Kata-kata anda tak menjadi kudis pun.

    Tengok bahasa anda sendiri. jgn suruh org lain shj sedar diri. Ok babe.

  4. terima kasih Allah - Alhamdulillah says:

    atas segala nikmat dan ujian Mu.

    Alhamdulillah atas segala hukum hakamMu. Di sebalik sesuatu yg Engkau tetapkan, pasti ada hikmahnya. Termasuklah poligami ini.

    Terima-kasih atas anugerah suami yg Kau beri.Isteri suatu anugerah. Begitu juga suami. Melainkan bila kita dah tak nampak walau sedikit pun kebaikan pada diri pasangan.

    Setiap org ada kekurangan dan kelebihan masing2 baik suami, mahu pun isteri2 1234. Kurang bab ini, Lebih bab itu. Tiada 2 org yg serupa.

    Yg dtg kemudian tak semestinya lebih baik, yg terdahulu tak semestinya kurang baik. Hamba yg terbaik ialah yg paling bertaqwa dlm melalui apa jua bentuk kehidupan yg telah ditetapkanNya. Dan setiap hambaNya dituntut bermuhasabab tanpa mengira status.

    Sekadar pesan memesan dan ingat mengingati sesama saudara seagama.

  5. freewilly says:

    tips utk tak di maki..

    for me..at the very !st place lagi..
    klu da tau kenalan tu laki org..
    terus back off..

    klu nk contact2 lg tu la yang makin menjadi2..

  6. neutral says:

    bukan semua kes poli melibatkan hubungan cinta sebelum kawin, sama seperti bukan semua perkawinan pertama itu hasil hubungan cinta.

    Agama tak pun melarang lelaki yg dah berkawin drp berkawin lagi jika cukup syarat. Maka samalah juga agama tak melarang mana2 wanita yg halal dinikahi drp menerima lamaran mana2 lelaki, bujang, duda atau dah beristeri.

    Memadu cinta sebelum kawin bukan ajaran Islam dan tetap salah samada melibatkan bujang/dara atau sebaliknya.

    Agama juga beri prioriti kpd akhlak dan agama calon suami dan bukannya status lelaki tersebut bujang atau sebaliknya.

    Memaki tetap berdosa walaupun oleh isteri2 yg sedia ada kerana marah dan sakit hati mereka. Hati yg terluka tak menghalalkan makian.

    Jgnlah meletakkan kemahuan dan perasaan manusia melebihi hukum Allah.

    Kesabaran atas segala ujian itulah yg dituntut dlm apa juga kes. Bukannya melampiaskan kemarahan dgn cara2 yg menunjukkan kelemahan akhlak dan iman.

  7. damask says:

    aman.. membaca komen neutral..

  8. Mak Dara says:

    Dah waktu berbuka dah. Selamat berbuka untuk semua muslimin dan muslimat. Alhamdulillah dapat kita menahan lapar dan dahaga pada hari ini. Semoga mendapat rahmat, taufik dan hidayah dariNya.

    Nanti jika ada masa terluang akan akak ceritakan kisah benar, yang sudah dan sedang berlaku pada diri akak sekarang. InsyaAllah.

  9. Mak Dara says:

    Dunia penuh pancaroba! Ada macam-macam cerita duka di ruangan ini, dan kebanyakkannya tentang cerita duka isteri-isteri, tak kiralah no 1 atau 2,3,4.
    Aduhai suami, cubalah mengerti keluh-kesah didalam hati isteri.
    Kadang2 bukan isteri tak menyokong suami nak kawin lagi tetapi oleh kerana suami tidak memainkan peranannya, seperti yang ditetapkan oleh agama maka terjadilah berbagai-bagai peristiwa yang menyayat hati, kekerasan, kezaliman dsbnya.

  10. Mak Dara says:

    Kebanyakkan lelaki awal2 lagi dah tunjukkan ketidakadilan mereka jadi macamana isteri nak menyokong? Cubalah berlaku adil dalam serba serbi, kalau di sana pggl ayang, di sini pggl drling. Kalau dgn yang muda dok sms/call selalu, maka apa salahnya dgn yang tuapn berbuat demikian juga! Kalau hari ni dating si ayang, esoknya dating pula dgn drling. Buatlah apa yang patut agar susah isteri/gf nak komplen. Ini tidak, asyik yang baru aje semua dapat, jadi yang lama tentu memendam rasa. Dan dari situlah bermulanya mimpi ngeri isteri terutamanya isteri tua.

  11. aygabg_88 says:

    Salam kpd sume pembaca..sy sbnrnya xtau nak ckp sape betul dan sape salah bila sebut pasal poligami ni..tapi yg sy pasti 1 dlm seribu pn susah kt nk jumpa isteri ke 2 akn dipinang bakal madunya kan..namun disini ingin juga sy luahkan ape yg tersimpan di dlm hati sy ini tntg madu bermadu ni..sorg wanita tidak dapat untuk menidakkan bahawa ianya dijadikan TUHAN lebih bernafsu(emosi) drp lelaki..rasanya memang ramai yang tahu pd sorg lelaki 9 drp 10 itu adalh AKAL & hanya 1 shj emosi tapi pd wanita 9 nya adalah emosi & hanya ada 1 shj akal pada sesorg wanita..jadi krn itu lah DUNIA tidak hairan pun jika tidak ada wanita yang dapat menerima poligami ini..mrk akn mempunyai berbagai alasan untuk memuaskan emosi sendiri..sy berani berkata sedemikian diatas dasar kajian manusia yg menyatakan wanita sememang nya LEBIH beremosi drp lelaki..rasa nya jarang kt dengar sorg isteri mengamuk jika suami tak bangun sembahyang subuh,suami suka berjudi,suami punya hobi memancing kadang2 pulang pagi,mereka masih sanggup tidur sorg2 pun TAPI kalo ada terdengar aje suami dia org ada fair atau nk pasang lagi satu..time tu mulalah konon suami dah tak hargai lagi segala pengorbanan dia selama ini..dan bagi yang berduit pula mulalah bomoh2 akan dapat ‘habuan’ mereka..silap2 krn tak nak hidup bermadu tak sedar bomoh da dapat ‘mkn free’ je yang dia punya..mintak maaf jika itu agak keterlaluan tapi itu bukan cerita pelik di negara kita kan..so kepada semua wanita sy berharap agar tidak membuang masa mencari kesalahan orang lain bila sesuatu yang kita tidak inginkan terjadi dalam kehidupan kita sebaliknya CARILAH dimana kah kesilapan kita kenapa ini semua terjadi dalam kehidupan kita..dan jika kt merasakan kt tidak pernah melakukan sebarang kesilapan disepanjang kehidupan kt selama ini maka cubalah kt MEMINTA petunjuk daripada TUAN kt sendiri kerana semua orang tau bahawa kt hanyalah tak lebih dari seorang HAMBA sahaja diatas muka bumi ini..InsyaALLAH Dia tidak akan memberi kita merasakan itu semua jika itu memang bukan HAK kita..Wallah hu wa’lam.

  12. malinja says:

    dah larat dah nak mengamuk untuk suami kalau tak bngun smbahyang subuh dan lebih2 smbhang jumaat, kita bising bab bgn smbhayang dimakinya pula kita, bising bab jummat, di katanya, jgn duk bsing pasal smbhyang aku, last2 buatdono jelah, kita dah jlnkan tgjwb kita, tai dibagi warning plak. Cmne tu, Kadang2 wanita ni hanya mengamuk pada awal sahaja akibat menerima kejutan, lama-lama dia akan cool, biasanya yangjd prolem kat sini ialah perkahwinan yang dirahsiakan lps tu bocor, tu yg ramai tak leh terima, ada yg akan tersasar dan ada yg bersifat cool,

  13. yanti says:

    untuk mengelakkan dri ditipu suami2.. masa akad nikah buat perjanjian… kalu suami2 curang… jatuhlah talak… jadi isteri2 bleh cari lain… dari menuggu suami yg hangut dgan polipoli.. sama je..curi pluang.. apa ada pada prpm… hmm… kalu x de… jantan pun pandang… apa lagi…curilah peluang..!!

  14. puteri says:

    10 Sebab Dilarang Pilih Suami Orang

    1. SI DIA TIDAK AKAN BERANI MEMBUAT SEBARANG KOMITMEN
    DENGAN KAMU
    Seorang lelaki yang tidak bahagia dalam rumah
    tangganya akan pasti terasa amat gembira dengan
    kehadiran kamu apatah lagi dia terasa dirinya diberi
    sepenuh perhatian yang mungkin tidak diperoleh dari
    isterinya sendiri. Pasti saban masa dia akan
    melahirkan rasa bahagianya berada di sisi kamu. Ini
    mungkin kelihatan seperti komitmen terhadap masa depan
    kamu. Tapi, percayalah itu hanyalah kata-kata manis
    sekadar untuk mendapatkan cinta kamu saja!

    2. SANGGUP MENIPU ISTERINYA
    Sikapnya yang tak jujur terhadap isterinya sendiri
    sudah cukup untuk dijadikan bukti jelas kepada kamu
    sikap sebenar si dia yang tak jujur. Dia sanggup
    mencari hiburan di luar rumah apabila mendapati ada
    masalah atau perkara yang tidak memuaskan hatinya di
    rumah, tanpa cuba untuk mengatasi masalah itu.
    Tambahan pula, kamu menjadi punca sebenar si dia
    menipu kepada isterinya. Ingat, si dia mungkin akan
    mengulangi sikap menipu ini terhadap kamu apabila kamu
    berdua menghadapi masalah dalam perhubungan kamu
    kelak.

    3. HUBUNGAN SECARA SULIT
    Merahsiakan sesebuah perhubungan itu sememangnya suatu
    perkara yang meletihkan. Melibatkan diri di dalam
    perhubungan sulit seperti ini akan membuatkan kamu
    kehilangan keyakinan diri kerana kamu akan ketinggalan
    dalam pelbagai aspek perhubungan yang indah. Kamu
    tidak boleh berjalan berdua-duaan dengan bebas dan
    bangga. Ini kerana kamu akan sentiasa diselubungi oleh
    perasaan takut dan bimbang. Takut orang lain terlihat
    kamu berdua-duaan lalu mengadu kepada isteri si dia.
    Mati kamu kena serang!

    4. LELAKI LEBIH BERUNTUNG
    Apa yang dimaksudkan di sini, dia dianggap lebih
    bertuah dalam masa yang sama tetap mempunyai sebuah
    keluarga yang akan tetap menyayanginya. Sebaliknya
    dalam diam kamu pula yang mengalami “kerugian” kerana
    terpaksa berkongsi kasih dengan keluarganya yang sah.
    Bayangkan, kamu tidak boleh menemaninya ke
    majlis-majlis formal kerana sudah pasti dia akan
    membawa isterinya. Kamu hanyalah sebagai teman di kala
    ingin mengubat kesunyian atau mencari hiburan jika ada
    masalah di rumah saja! Kamu kena ingat, mereka boleh
    berkahwin lebih daripada empat!

    5. MAMPUKAH KAMU MENCINTAINYA?
    Persoalannya, apakah kamu masih sanggup menersukan
    perhubungan dengan seorang lelaki yang tidak jujur dan
    tidak hormat kepada isterinya? Dengan menjalinkan
    perhubungan secara sulit dengan kamu sudah jelas
    menunjukkan bahawa dia menganggap perempuan mudah
    untuk dipikat dan diperlakukan sewenang-wenangnya.
    Jika dia benar-benar menyayangi dan jujur dengan
    isterinya, sudah pasti dia sanggup berterus-terang.
    Alasan untuk tidak melukai hati isterinya bukannya
    alasan yang kukuh memandangkan dia sememangnya sudah
    melukai hati isterinya di saat dia menjalinkan
    hubungan dengan wanita lain!

    6. SI DIA AKAN HILANG HORMAT TERHADAP KAMU
    Jangan terkejut! Walaupun dia yang jatuh cinta pada
    kamu dan menarik minat kamu, di dalam hati lelakinya
    dia pasti akan pandang rendah terhadap wanita seperti
    kamu yang mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki
    sepertinya. Siapa tahu, mungkin pada awalnya dia
    sekadar nak “test market” saja. Tak sangka pula kamu
    benar-benar terpikat. Lelaki pula, mana yang sanggup
    menolak tuah kan? Dalam keadaan seperti inilah yang
    selalunya akan timbul soal dipermainkan.

    7. PEMUSNAH RUMAH TANGGA ORANG LAIN
    Ingat ! Sebagai wanita, kamu seharusnya lebih memahami
    perasaan dan naluri kaum sejenis kamu. Dengan
    menjalinkan hubungan dengan suami wanita lain,
    menunjukkan bahawa kamu tidak menghormati hak kaum
    kamu sendiri. Bayangkan jika hak kamu diganggu atau
    cuba dirampas oleh orang lain? Sebaliknya ada pula
    yang sanggup berkomplot dengan si lelaki untuk menipu
    isterinya. Ingat, jika hari ini kamu mengambil hak
    orang lain, tak mustahil orang lain pula akan
    mengambil hak kamu suatu hari nanti! Renungkan!

    8. KAMU MENIPU DIRI SENDIRI
    Si dia sentiasa mengucapkan kata-kata manis pada kamu
    tetapi masih tidak menamatkan perhubungannya dengan
    isterinya dan pada masa yang sama masih tidak
    memulakan perhubungan yang sah dengan kamu. Inilah
    yang dikatakan sebagai “Action that speak louder than
    words” (pandai cakap tapi buatnya tidak!)

    9. BERWASPADALAH DENGAN “BOOMERANG KESALAHAN”
    Kebanyakan orang tak kira sama ada wanita tau lelaki
    mempunyai sikap sukar untuk bertanggungjawab terhadap
    keputusan dan tindakan yang mereka lakukan secara
    terburu-buru. Manusia lebih mudah untuk mencari
    kesalahan orang lain daripada menanggung malu. Jika
    perbuatan si dia diketahui oleh isterinya atau
    saudara-mara, jangan terkejut jika dia menyalahkan
    kamu lalu membuatkan kamu terpaksa menanggung segala
    derita. Haiiiii Kasih ke mana, sayang ke mana. Tinggal
    kamu seorang yang menderita !

    10. MASA ITU EMAS! DAN KAMU TIDAK SEPATUTNYA
    MENSIA-SIAKANNYA
    Hubungan dengan lelaki yang telah berkahwin boleh
    berlanjutan selama beberapa tahun. Sedar tak sedar,
    usia kamu semakin meningkat. Apabila kamu sudah tua
    baru kamu sedar yang kamu terjerat dan tak boleh
    melarikan diri lagi. Jika boleh melarikan diri pun,
    kamu sudah tidak tahu apa yang patut kamu lakukan.
    Terasa begitu lama kamu mempersiakan zaman muda kamu
    menjalinkan hubungan yang TAK BERMAKNA!

    Renung-renungkanlah sejauh mana kebenaran di sebalik
    apa yang cuba disampaikan. Moga boleh dijadikan
    panduan pada kita semua… .khususnya wanita.
    “SEMOGA DILINDUNGI ALLAH SELALU”

  15. ntah la says:

    salah satu darpd tanda2 akhir kiamat adalah nisbah lelaki:perempuan 1:50. mungkin ni lah hikmahnya poligami.Allah beri kita masalah dan penyelesaiannya. Jika pada waktu tu lelaki cuma boleh bkahwen 1 macam mana dengan wanita yang selebihnya. bagaimana dengan zuriat mereka? apakah mereka tak layak mendapat zuriat semata-mata nak puaskan hati orang lain? sekarang 1:3 kalau sebut pasal poligami pun ramai yang melatah. apa korang ada penyelesaian yang lebih bernas daripda penyelesaian dari Allah tanpa pentingkan diri sendiri ke? saya tak bersetuju perkhawinan kedua tanpa izin yang pertama. saya jugak tak bersetuju isteri kedua mendedahkan aib isteri pertama walaupun perkara tu benar. tetapi saya jugak yakin Allah melaknat manusia2 menyekutukanNya dengan cara berjumpa bomoh dan sebagainya. Menduakan Allah adalah dosa yang paling besar berbanding dosa menduakan isteri pada jln yang diredhai Allah. Disana kelak kita dpersoalkan tentang dosa kita. Apakah kita akan menjawab ‘saya menyekutukan Allah kerana suami saya menduakan saya?’. Berdasarkan kisah Nurhazira pada pendapat saya dia,suami dan KakSara ada kesilapan masing2. Jgn asyik menunding jari cerminkan kekurangan sendiri dan muhasabah diri

  16. noni says:

    x salah & x rugi klu is3 ke- 2 & atas… berbaik sangka pada m1.. bukan kekurangan m1 tapi si suami nk test market klu ada yg sangkut & trmakan pujuk rayu… sbb tu… is3 2 keatas… kna sedar diri bila kawin ngan suami org… lelaki cuma nk habiskan sisa usia sementara belum melelapkan mata buat selama2nya… lgpun di akhirat Allah ciptakan bidadari dan bidadara utk mengiburkan lelaki dan prmpn … cuma petik jari dan berhiburlah sepuas2nya… apa ada pd dunia pinjaman yg sementara sifatnya yg tidak kekal… Akhirat juga yg kekal abadi… tidak kah anda semua inginkan keseronokan / kenikmatan yg kekal abadi?

  17. cynda says:

    hehe..st je sy nk ckp..
    klu poligami neh terbalik n terjadi pd lelaki,conform drg x kn amalkn poligami sbb drg tau mcm mne rase sakitnye bile isteri x jujur leh lak curang kt blkg smpi kawen..sakitnya perasaan tu cube krg aplikasikn kt dri kamu sndri..conform krg x kn lukakan hati istri dgn bpoligami..klu ada x puas hati atau x ckp,komunikasi pntg..jgn men amek jln muda cri len..kpd laki2 y outstation tu kuat2kn lah iman..jgnla bnafsu sgt..ayah aku pun mengembara gak..ayh aku kje kt kl,mak aku kt jb..tp tiap2 mlm ayh aku akn tpn mak aku n family kt sne n blik tiap ujung mgu..easy kn?bkn dgn jdkn tu alsan utk kt cri len..fikirkn hati isteri y da tarung nyawa nk lahirkn anak kamu ke dunia..tu cara para2 istri buktikn cinta mereka,so why can’t u guys? tahan sket x kn x bleh..pokok pangkalnya ssh nk jmpe laki y bleh mengemudi sebuah keluarga ngn kejujuran,kesetiaan n kpercayaan..ssh2..tu y aku dlm dilema neh…utk y empunya dri neh..aku x taula nk ckp cmneh..ko ckp mcm ko bek tp y ko pg layan dr awl2 tu npe?klu kt nk avoid,tpulang pd dri je..cubela sejenak empathi kn dri anda kt tmpt kak sara tu..then u’ll know..tp kn ada sesetengah poligami tu indah..tgkla pd suami jgk cmne die handle..tp skrg ssh nk jmpe laki y btul bleh jd suami y bek…lalalalalalala…tujela aku nk ckp..

  18. udin says:

    boleh ker nak komen ni… aku belum kawen lagi ne… pngalaman membaca kesah rumahtangga org lain lah ni… walaupun aku lelaki… aku cam tak sebulu lah dengan poligami ni… tak tau lah naperr… mungkin sbb aku tak kwen lagi kut… atau mgkin sbb aku bnyak sgt baca pasal rumahtangga org ni kut….hehehe

    sebenarnya apa yg boleh sy katakan ni… antara sebab yang menyebabkan suami kawen lain ni… kurang perhatian dari isteri…

    saya tidak katakan, isteri yg silap… cuma keadaan yang menyebabkan isteri tidak dapat memberi perhatian… cth nyer cerita di atas yg mana sorg di kl… sorg lagi di utara tanah air… kata org sms pnyambung kasih… tp saya rasa, sms xbleh ganti dgn tuan punya badan… sbg ‘perasa’ tu boleh lah….

    bila lelaki dah sunyi… miang dah naik… apa lagi… isteri tak ada… peluang besar ni.. hehe… jumpa lak yang perempuan yang bleh layan berbual… bergurau senda…. ermmm…. lama2 timbullah rasa sayang… xbleh berpisah… asyik berkepit… setan pun suka lah… masa tu otak dah pikir macam2… walau apa2 cara skalipun nak kena ‘dapatkan’ juga perempuan ni… alhamdulillah…. tak nak lah yg haram… nak yang halal…. kawen lah… xberitau isteri sedia ada… beritau pun xada guna… kawen ttp kawen… tu sanggup pg siam… mudah… kalo leh adil alhamdulillah… tp kebanyakan tak boleh berlaku adil… ada yang masa giliran lebih kat isteri pertama… isteri kedua.. jumpa hjg minggu jerrr…. tu pun nasib baik jumpa… ada plak dah dpt yg muda… yg tua wat cam kain buruk …. kesian… adil ker….

    bercakap pasal adil… orang lelaki ni sblm dapat…. berjanji bukan main… bila dah dapat… jadi lain… alasannya, tak nak kecoh2… alasan paling aku xsetuju… isteri xbg pg rumah satu lagi… boleh plak dia salah kan isteri tu… nak cakap di sini… isteri tak bagi ker… bagi kerr…. keadilan bg pihak satu lagi kena jaga… aku rasa, hukum agama msti didahulukan… tul tak?? kalau suami betul2 adil… aku rasa isteri dah tak boleh komplen dah…

    kesimpulan nya… kes suami nak kawen ni aku tak salahkan saper2… mungkin boleh katakan keadaan yg jd penyumbng utama(pendapat aku jerrr)….

    tapi kalo bab suami tak adil… dr segi giliran.. dari segi nafkah… mmg 100% kena letak kesalahan atas bahu suami…

    errrr… pjg lebar lah plak… hehheee.. to my soon-to-be wife… i love u so much… 😀

  19. toby says:

    Ya…Poligami adalah perkara yang paling tak masuk akal bagi sebilangan besar wanita. Tetapi satu persoalan timbul. Adakah kita tau yang kita akan dilahirkan didunia ini? Adakah pelan jangka panjang yang kita lakar akan menjadi kenyataan? Adakah kita pernah terfikir yang kita boleh berada pada tahap ini sekarang? Siapa sebenarnya yang menentukan perjalanan hidup ini? Anda sendiri boleh menjawabnya jika anda percaya kepada tuhan. Sebaliknya, anda akan rasa anda yang tentukan. Cuba tanya dari hati lelaki sendiri. Adakah mereka benar2 mahukan poligami? Adakah setiap lelaki yang dilahirkan didunia ini sudah termaktub perjanjiannya akan berpoligami? Saya sendiri sebagai lelaki dan suami tidak mahukan poligami. Tetapi jika ianya ketentuan tuhan, itulah cabaran dan dugaan saya didunia ini. Mungkin itulah yg tertulis didalamnya. Beruntunglah kepada lelaki yang tidak tercatit dalam kitab perjalanan hidupnya. Sesungguhnya, tuhan itu tidak akan memberikan dugaan jika Dia tahu hambanya tidak mampu menanganinya. Wallahualam

  20. NK says:

    Kta tahu ISLAM agama yang adil. ALLAH tahu hati hambanya dan setiap insan dijadikan memiliki perasaan yg berbeza2, itulah zatnya.

    1] semua dilakukan atas doa dan usaha walau ditakdir, ALLAH beri kita ruang.
    Kalau dah kita berusaha, call dan cari, tentulah kita diduga. Lauk dlm dlm mulut pun kalau tak usaha kunyah &telan, tak masuk dia, dah tu akhirnya ALLAH kata muntah keluar, hmm tu dah ditentukan allah. Doalah sama ada tabah menghadapi atau terus terang pd NYA tak mampu lalui. Mintalah pada NYA specifically and directly. Jangan malu2 minta dan minta sesuatu yg kabur/umum. ALLAH MAHA MENDENGAR dan MENGASIHI

    2] Perasaan unik setiap insan, ada boleh madukan isteri, ada yang tak sanggup kerana empati pd perasaan isteri. Begitu juga ada ppuan tabah bermadu ada yg sebaliknya. Kalau lelaki tak tahan cemburu, ppuan pun begitu, indahnya perasaan yg ALLAH ciptakan.

    3] JGN letak kesalahan buat maksiat pada org lain, ALLAH beri akal dan iman.

    4]Tidak semua yg kita ingin, kita dapat, jadi hargailah apa yg kita ada. Kalau satu pihak terima hidup seadanya, satu pihak pula sibuk buat koleksi, tidak konsisten. Berkadar apa yg ada dan majukan lagi.

    5] Tiada sakit yg tiada ubat. Hanya yg berpenyakit saja sibuk cari ubat. Tapi yg tak bersebab pun sesaja cari penyakit…hmmm itu sifat manusia tak bersyukur. Dah tu salah kan takdir kerjanya.

    6] Manusia adil. Hmmm adil dari segi ksh syg dan perasaan, paling kritikal. Lumrah hati manusia utk menilai dan membanding. Sementara tak dpt, dah dpt lain ceritanya. Krn kurang/tak dpt berlaku adil, maka mohon isteri2 redakan. Krn ksh suci isteri2 redakan jugakla. Hati dah dimakan, tak ada lagi balance hati tinggal.

    7] Mmg lelaki tak tahan sakit, tapi , lebih rela sakitkn hati isteri. Pastu minta sabar dugaan dan tenang. Bukan suami nak tanggung sakit utk lupakan hajat beristeri lagi, bersabar dan tenang.

    8] dari satu famili bermadu, meh ajak kakak/adik ppuan suami dimadukan, ajak kakak/adik ppuan k3 dimadukan. Pakat ramai2 akad dlm majlis. Pakat ramai2 rasa..eee syoknya

    Pikir2 la…

  21. Irfan says:

    Jangan hukum isteri kedua.

    SAYA tertarik sungguh dengan cerita kebanyakan isteri sanggup bercerai daripada bermadu. Sebabnya kerana bermadu hanya untuk suami mengecap kebahagiaan sedangkan isterinya hidup merana. Itu anggapan kebanyakan wanita bila tahu suaminya ingin berpoligami. Semua marah dan akan membenci bila ada wanita lain ambil suami orang.” Demikian cerita Asharina dalam emelnya.

    ”Pada pendapat saya pahit atau manis hidup bermadu terpulang kepada individu itu sendiri menerimanya. Mungkin pembaca beranggapan mudah untuk saya berkata begitu kerana saya isteri kedua dan dalam bahasa kasarnya saya dicap perampas suami orang.

    ”Buat pengetahuan pembaca saya tak pernah bercita-cita nak bermadu. Tetapi ianya terjadi kerana kehendak Allah jua. Sebagai orang yang beriman tentu anda percaya kepada kadaq dan kadar. Dan itulah yang terjadi kepada saya.

    ”Saya kenali Az suami saya sekarang sejak 11 tahun lalu, waktu itu kami bekerja tempat yang sama, ketika itu saya ibu tunggal dan Az sudah berumah tangga. Waktu kami mula berkenalan hubungan kami telah dihidu oleh isterinya.

    ”Sebelum perkara buruk berlaku kerana salah faham lebih baik saya angkat kaki. Niat saya ketika itu semata-mata untuk menjaga keharmonian dan tak mahu digelar perampas, saya mengundurkan diri. Kerana memikirkan itu adalah jalan yang terbaik buat kami.

    ”Akhirnya kerana ada jodoh saya berkahwin dengan seorang duda anak satu dan sesuailah dengan saya juga yang sudah pun ada seorang anak.

    “Malangnya rumahtangga saya dengan Bee sentiasa tak aman, sentiasa ada konflik. Kami sering berbalah dan tidak ada persefahaman.

    ”Pada mulanya Az menyangkakan hidup saya dengan Bee bahagia begitu juga saya sangkakan dia bahagia bersama keluarganya. Tapi keadaan rumahtangga mereka tetap sama. Az mendakwa hidup dan perasaan hatinya sudah tawar.

    Jodoh

    Dengan kuasa Allah saya bertemu semula Az, insan yang saya cintai tetapi dia tidak tahu masalah rumah tangga saya selama ini.

    ”Saya buat solat istiqarah selama 3 minggu sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Az. Saya sedar risikonya dan saya juga sedar saat-saat kami bersama adalah amat singkat kerana jarak umur kami berbeza hampir 10 tahun. Tetapi apa yang pasti, kami sedar bahawa jodoh kami amat kuat. Walaupun saya cuba elakkan untuk bergelar isteri kedua 10 tahun yang lalu.

    ”Saya ingin bertanya, adakah orang seperti saya patut terus dipersalahkan tanpa menyelidik sejarah cinta kami? Adakah adil untuk Az dipersalahkan sedangkan rumahtangga yang sedia ada sememangnya tiada lagi bahagia? Saya juga seorang wanita, jika 10 tahun dulu saya tahu saya akan bergelar isteri kedua pasti saya akan mengahwini Az.

    ”Saya cuba mengelak tapi jodoh bukan di tangan saya. Salahkah kami mengecap kebahagiaan sekali lagi dengan lelaki bergelar suami? Saya amat menghormati madu saya walaupun sehingga kini dia masih meneka dalam kesamaran. Saya sentiasa nasihatkan suami saya agar menjaga hati isteri pertama dan berterus-terang dengannya.

    ”Tetapi segala masalah Az dengan isterinya bukan masalah saya. Saya boleh jadi pendengar bukan penghasut. Perkahwinan ini adalah atas dasar kasih sayang dan persefahaman. Bukan semua yang bergelar isteri kedua busuk hatinya dan bukan semua yang bergelar isteri pertama sanggup berkorban untuk suaminya.

    ”Pada saya di dalam sesebuah rumahtangga itu perlu ada kejujuran, keikhlasan dan persefahaman. Janganlah apabila suami beristeri baru atau kahwin lagi, jari hanya menunding pada sang suami tanpa rasa bersalah pada diri sendiri kerana beranggapan diri sudah terlalu hebat dan terbaik. Tiada siapa akan tahu cerita dalam kelambu kita kecuali pasangan itu sendiri dan Allah yang maha mengetahui.

    ”Jadi apabila suami berkahwin lain janganlah sesedap rasa memanggil insan sejenis kita sebagai betina dan suami pula jantan gatal dan mengumpat keturunannya.

    ”Saya amat bahagia dengan suami saya walaupun hidup tidak mewah kerana yang saya kahwini adalah kawan, sahabat, kekasih dan suami saya. Material bukanlah segalanya dalam hidup saya walaupun kadang-kala ia menjadi satu keperluan.

    ”Saya rasa kita sebagai wanita perlu bersikap rasional dan janganlah hendak menjatuhkan apa lagi hukuman tanpa melihat kenapa perkahwinan kedua suami kita berlaku serta menidakkan takdir serta ketentuan Allah untuk kita.

    ”Sekiranya dan sememangnya saya gatal hendak bermadu dan begitu juga dengan suami saya Az, kenapa kami perlu menunggu 10 tahun untuk berkahwin sedangkan dahulu kami masih sama-sama muda dan berupaya? Kenapa baru sekarang?

    ”Kini perkahwinan kami hampir 2 tahun. Saya berdoa ini adalah jodoh terakhir saya. Cukuplah apa yang telah saya lalui selama ini. Saya cuma ingin bahagia dan meneruskan hidup ini hingga ke akhir hayat bersama Az. Tidak akan ada orang lain lagi dalam hidup saya sebagai pengganti Az. Doa saya agar kami tidak akan berpisah lagi.

    ”Jadi, tolang beritahu saya, adakah salah saya kahwin suami orang? Semua wanita tak ingin malah tidak pernah terfikir untuk bercerai selepas berkahwin dan kebanyakan wanita tidak ingin berkongsi kasih tapi jika sekiranya jodoh kita telah ditentukan dengan seseorang itu , walau ke mana kita lari dan bersembunyi jodoh itu tetap menghampiri kita. Itulah yang berlaku pada saya, jadi jangan salahkan saya ataupun wanita lain yang menjadi isteri kedua mahupun ketiga, semuanya berlaku kerana telah disuratkan ke atas hidup mereka.” Demikian cerita Azharina panjang lebar menjelaskan kedudukannya sebagai isteri kedua.

    Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0612&pub=Utusan_Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_07.htm#ixzz3pEIHCEnp
    © Utusan Melayu (M) Bhd

  22. ani says:

    takyah ckp pjg2…sbnrnya istri prtama jijik utk brsama suami…’.’bini no.2@3@4..tk rsa jijik pun..yg bekas org lgi mreka suka drpd tk dpt kawin lgsung….tu jerr… para suami…tk kisah paa punn..boya kann…bangkai lgi depa sukaa…haha..!!

  23. Azuri says:

    Yg kata perampas tu jahil, mana ada istilah perampas? Suami punya hak utk berpoligami smpai 4 kuota.. Yg salah apabila cemburu/dengki/takpuashati bila suami kahwin lain sedangkan agama menghalalkannya.. Terlintas taknak dimadulan dah jatuh dosa apatah lagi menentang hukum poligami… Pd yg membangkang tu jangan bangang sangat terutama yg minta cerai bila dipoligami… Kerana perempuan yg meminta cerai bila dipoligami, sedang suaminya mampu adalah perempuan celaka secelaka perempuan mengikut kitab Muhimmah.. Cuma pada jantan2 yg nk berpoligami tu, jangan buat langkah salah yg pertama iaitu merahsiakan perkahwinan kedua. Kena jujur berterusterang atas apa kondisi pun kerana nabi SAW tak pernah sembunyikan perkahwinan poligami baginda.. Ingat tu..!

    • Mona says:

      hebat kan cuma mereka yang berpoligami mesti tau mainkan peranannya, jangan nak kahwin je pandai, tanggungjawab tu mesti dipenuhi. bukan begitu.

      • Liana says:

        saya seorang isteri yang telah dimadukan dalam diam. Suami telah membawa seorang gadis (bakal hafizah yang berniqab) dengan berkahwin di sempadan tanpa persetujuan keluarga gadis itu ( kawen lari). Sampai sekarang saya cuba kuatkan diri dan emosi untuk terima qada dan qadar ni. Hanya Allah je yang tau perasaan hati ini…hancur berkecai….

  24. Bkn utzh says:

    Org lelaki/bini no 2 klau sebut bab poligami hbs suma pakat jdi utz utzh…yg herannya klau terkena btg hidung sndiri pndai plak nk mrh…ppuan xnk d madu 2 normal,itu lumrah ….klau awk ppuan pn awk xkn suka laki awk kwen lg jd jgn nk mencela sgt sdgkn putri nabi saw pn bersedih saat suami nya berniat nk kwen lg inikn plak wanita biasa mcm kami

  25. morra says:

    Masalahnye kenape tak mintak izin isteri.kalau isteri tak bagi barulah cakap sebab apa nak kahwin.masa tulah luahkan dekat isteri ape yang tak cukup pada isteri supaya dia boleh baiki dirinye.biarla perangai macam monyet pun.jangan ambil kesempatan atas perangai monyet die tu. Pastu dah tau isteri pertama mcm monyet berjayala rebut hati suami.suami tu mmg kawin sebab nafsu sebab die tak cube baiki hubungan dgn isteri die dulu.ckpla ape pun.baikla mcm malaikat pun.dah bincang tapi isteri tetap mcm monyet baru boleh kawin.

  26. Aurora says:

    Lelaki yang nak berpoligami, biasanya memang bagitau ke bakal isteri 2,3,4, yang dia dah isteri Dan anak2.
    Tapi berapa ramai lelaki yang sanggup Terus terang ke isteri no 1?
    Bercinta belakang bertahun-tahun lamanya dibelakang isteri.
    Alasan, isteri sibuk uruskan anak2.
    Macamana isteri Tak sibuk uruskan anak, si suami kata dia sibuk outstation. Rupanya melencong tempat lain…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *