Ibu Lagakan Kami Adik Beradik

10 Oktober  2010

“BEBERAPA  kali saya mengulang membaca cerita yang tersiar beberapa minggu lalu “Ibu sakit anak bersengketa.’ Memang cerita biasa, tetapi berapa ramai antara kita yang benar-benar mengambil iktibar dengan kisah yang dipaparkan. Saya tak nafikan kebenaran cerita tersebut.

“Namun apa yang ingin saya kongsi bersama di ruangan ini kisahnya agak terbalik, bukan tidak ada anak yang mahu menjaga ibu mereka bila sakit, tetapi ibu pulak yang banyak ragam memporak perandakan kehidupan anaknya hingga bersengketa sesama sendiri. Inilah masalah yang saya hadapi berdepan dengan masalah emak sendiri.’’ Demikian menurut  Shamsiah dalam e-melnya.

“Saya adalah antara pembaca setia DCCK sejak bertahun dulu hingga sekarang. Harapan saya apa yang saya luahkan di ruangan ini dapat dikongsi bersama, paling tidak supaya kita tidak menyalahkan anak-anak sahaja jika tidak mahu menjaga ibu mereka.

“Bukan tujuan saya membuka aib keluarga sendiri, tetapi sekadar menjadi renungan dan pengajaran buat pembaca setia, khususnya kaum wanita kerana satu hari nanti kita juga akan menempuh dunia yang sama, seperti ibu kita lalui.

“Saya mempunyai empat orang  adik-beradik. Emak saya sudah tua, ada tanda-tanda akan diserang penyakit strok. Saya dan suami sering menawarkan diri untuk menjaga emak, kerana saya tahu kalau kita kurang beri perhatian, mungkin penyakitnya akan segera menyerang. Lagi pun ibu pernah tinggal bersama kami satu ketika dahulu, tetapi tak lama, katanya tidak selesa tinggal di rumah kami.

“Alasannya, anak saya ramai dan kawasan rumah saya bising. Dia suka tinggal bersama adik Su yang ketika itu baru setahun dua berkahwin. Tetapi sejak emak tinggal bersama adik, rumahtangga adik sering terjadi perselisihan faham. Pertengkaran dan pergaduhan sering terjadi antara adik dan suaminya yang berakhir dengan perceraian.

“Saya dapat tahu dari adik, emak suka ikut campur tangan dalam urusan mereka suami isteri banyak yang mak tak sukakan menantunya. Bila emak keluar dari rumah adik, mereka suami isteri rujuk semula.

“Bila adik Su rujuk dengan suaminya semula tentulah emak tak selesa lagi datang ke rumah adik apalagi hendak tinggal bersama seperti dulu. Jadi emak terpaksa pindah tinggal di rumah anak lelakinya di KL yang merupakan anak kesayangan emak.

“Lagi pun sejak bujang lagi adik Sham pernah berjanji pada enak yang dia akan jaga emak apabila emak memerlukannya nanti. Tetapi janji sebelum kahwin, dah beristeri adik mula tak selesa bila emak cakap nak datang ke rumahnya. Beberapa kali emak telefon Sham untuk menjemputnya tapi Sham tak berapa nak layan, alasannya sibuk tak boleh ambil emak tinggal bersama di rumahnya.

“Saya tak tahulah apa alasan Sham sebenarnya, tetapi saya tahu emak memang tak berkenan dan tak serasi dengan menantunya, isteri Sham. Ada sahaja yang emak tak berkenankan isteri Sham. Jadi mungkin salah satu sebab Sham tak pedulikan permintaan emak untuk membawa emak tinggal bersamanya.
“Setelah saya kaji masalah adik-beradik saya satu persatu, saya dapati perangai adik-adik saya ini taklah seteruk mana. Tetapi sedihnya perangai emak yang merunsingkan saya. Saya dapati emak menjadi punca kami adik-beradik berbalah bukan perangai suami atau isteri kami adik-beradik sebenarnya.

“Satu perangai buruk emak suka melaga-lagakan dan memburuk-burukkan antara kami adik-beradik. Sebagai contoh emak memburukkan saya pada adik-adik, tapi depan saya emak akan mengutuk dan burukkan adik-adik. Begitulah peel emak sejak dulu lagi. Jadi akhirnya antara kami adik-beradik tak pernah setuju angin, sentiasa benci antara satu sama lain. Jika dah selalu masam muka akhirnya kami bertengkar dan bergaduh. Itu zaman remaja kami sebelum berkahwin.

“Bila masing-masing dah berumahtangga, emak burukkan kami cara lain pulak. Sebagai contoh, emak mengata saya tak layan emak ketika tinggal di rumah saya. Pada saya pulak emak kata adik-adik tidak layan dia dan nak jadi anak derhaka. Pendek kata antara kami selalu sangat berselisih faham dan tuduh menuduh.

“Terbaru emak mengadu pada adik Su, saya burukkan Su. Apalagi Su datang mengamuk ke rumah saya lantas tuduh saya macam-macam tanpa bertanya. Saya tahu adik tak akan mengamuk macam tu kalau hatinya tak sakit sangat. Sedangkan saya tak pernah mengutuk Su. Ceritanya terbongkar bila adik kata emak yang bercerita. Jadi salah siapa kalau kami adik-beradik berkelahi?

“Di pendekkan cerita, emak memfitnah saya dengan cerita yang tidak pernah saya lakukan. Saya mengambil langkah berdiam diri tetapi macam-macam cerita tak betul timbul satu-persatu. Begitu juga dengan Shah.
“Mengenangkan ibu sudah tua, saya hanya bersabar kerana Shah pembengis, dia  maki hamun saya tanpa bertanya. Dia tengking saya macam budak-budak. Saya tak suka bising

Kerana dia lelaki. Tapi herannya emak suka bila dapat tahu kami bergaduh adik-beradik. Dia mahu anak-anaknya dengar cakap dia dan buat apa yang dia suruh. Baru dia rasa puas hati bila sudah melaga-lagikan kami.

“Walaupun emak fitnahkan saya macam-macam, tapi saya tetap sayangkan emak. Malah saya kesian bila Shah tak pedulikan makan minum emak. Bayangkan emak sarapan jam 12 tengah hari, itu pun emak terpaksa kejutkan Shah dan isterinya dari tidur di bilik atas. Makan malam pulak jam 11 malam.

“Tetapi kerana emak sayangkan Shah kerana dia anak lelaki harapan, emak tak marah, walau apa pun Shah lakukan pada emak.

“Saya pernah ajak emak tinggal dengan saya, dan saya berjanji tidak akan minta apa-apa harta emak, tetapi emak tak ambil peduli. Saya juga pernah nasihatkan emak baikkan hubungan kami adik-beradik. Sebaliknya semakin menjadi-jadi emak fitnahkah saya. Akibatnya adik-adik bencikan saya sebab percaya cerita emak.

“Emak fikir dengan fitnahkan saya maka Shah dan Su akan jaga emak dengan baik, tetapi sayangnya emak tetap dipinggir dan diketepikan.

“Apa yang merunsingkan saya siapa antara mereka akan menjaga emak? Sekarang pun emak dah tersepit kerana fitnahnya. Nak ke rumah saya dia tak sukakan saya, nak ke rumah Su dia bencikan suami Su. Nak tinggal di rumah Shah, mereka suami isteri tak pernah pedulikan emak. Malah menganggap emak kuli mereka. Sementara seorang lagi adik masih bujang, tak boleh nak tumpang.

“Saya tak boleh nak berbincang adik-beradik sebab mereka semua bencikan saya akibat fitnah yang emak taburkan terhadap saya. Begitu juga antara Su dan Shah mereka juga tak pernah berbaik, sentiasa berbalah. A da saja yang tak kena.

“Kini saya hanya memanjatkan doa memohon kepada Allah agar emak dapat mengakhiri perjalanan hidupnya dengan aman, bukan memporak-perandakan hidup anak-anak. Saya mahu kami berbaik adik-beradik dapat bergilir menjaga emak. Sikap emak memfitnahkan kami bukan boleh membuatkan emak disayangi, sebaliknya emak akan dibenci dan dipinggirkan.’’ Demikian luahan hati Shamsiah.

Memfitnah bukan boleh menarik perhatian orang atau anak-anak sayangkan kita, atau percayakan apa juga cerita yang disebarkan, sebaliknya akan membuat diri kita sentiasa ditakuti dan dibenci bila kebenaran terserlah akhirnya nanti.

Akhirnya siapa yang mahu menjaga emak bila dia sakit terlantar nanti. Dan siapa yang mahu mengambil tugas menguruskan masalah emak nanti? Inilah yang saya bimbangkan. Tapi emak tak pernah fikirkan semua itu, dia suka dengar kalau kami bergaduh.

Carian pelawat:

  • bapa terlebih tua punca adik beradik gaduh
  • cerita adik beradik
  • dibenci ibu dan adik beradik
  • fitnah anak sendiri
  • hukum adik beradik memburukkan
  • Hukum memburukkan adik beradik sendiri
  • ibu menfitnah kepada anak anak
  • ibu suka fitnah anak

10 Responses

  1. Iza says:

    Hmmm….bersabarlah,hanya kita bg anak hanya mampu berdoa agar kita di sayangi ibu kita…sayangi mereka walau mereka pilih kasih dan menfitnah kita. Hanya Allah SWT yg akan memberikan hukuman…sy da rasa benda yg sama,kebencian ibu kita membuat hidup kita sengsara,namun redhalah atas segalanya.

  2. Dyna says:

    emm benda ni mmg terjadi pada saya sekarang ni… dari bujang sampai dah kahwin ada saja perkara yang tak disenangi mak saya. malah ketika ini saya baru lepas melahirkan anak ke 6 pun dia masih memfitnah saya dan suami dengan bermacam2 perkara yang tak masuk akal. hakikatnya saya dan suami bahagia. Ntah apa yang dia tak suka pada suami, saya pun tak tahu. Apa dosa suami pada mak pun tak tahu. Cuma anak pernah dengar mak dan abg long bercakap “Orang Kedah mana bleh Dok ngan Orang Kelantan”.. ada ke itu puncanya?? baik sangat ke orang Kedah ni?? atau jahat sangat ke orang Kelantan ni??? comfius?? Jadi sekarang saya ambil kata putus, saya jauhkan diri saya buat sementara waktu. Itu pun atas nasihat ibu saudara yang banyak memberi nasihat dan panduan. Kata org jauh ni bau Wangi..dekat bau taik… jadi itu jerlah pilihan yang ada… nak menegur kesalahan mak..uiiii jauh sekali sebab mmg tak akan terima… pasal tu kalau tegur adik sendiri pun sampai kata mati jgn tengok… sedih jadi kakak ni.. nak tegur tak boleh dan nasihat tak dengar.. jadi.. LANTAK KAU LA.. dah besar.. baik jaga rumah tangga sendiri dari kita menjadi mangsa orang yang tak berperikemanusiaan.. selalu sangat diuji..lama2 tak tahan juga…kan…

  3. amer says:

    Bile dibaca kisah2 orang lain,rupa2nya banyak masalah yang datangnya dari ibu sendiri…saya sendiri pun tak terkecuali dalam masalah ni…bercerai kerana ibu suruh dengar apa yang dia nak….rumahtangga tak tenteram dan hambar …tak ada keharmonian dalam rumahtangga….di sihir untuk pisahkan saya dan isteri…tapi kami rujuk kembali…dan masalah ni datang lagi..kini saya tak pedulikan langsung emak…rasa takut pun ada kerana syurga d bawah tapak kaki ibu..entah betul entah tidak tindakan sy ni sy tak tahu lah…sedih dan pahit untuk ditelan…kalau org lain senang pulak kite bomoh balik..tapi mak sendiri,sejahat mana pun emak kita,xsanggup kita nak balas balik kejahatan tu walaupun hal ini mendatangkan trauma kepada isteri dan anak….entah lah…apa yang mampu kita buat hanyalah berdoa…berdoa untuk ibu dan berdoa untuk rumahtangga kita….buat isteri,sabar dan berserahlah kepada Allah…sabarkanlah hati kalian jika dapat mertua macamni…Allahhurabbi

  4. Azua says:

    Salam sis saya baca blog sis ni nasib kita sama sis saya tak tau apa lgi nk buat

  5. Hannah says:

    Sy xde pula pengalaman pasal mak ayah ke mertua ke yg macam ni. Tp pengalaman adik ipar yg suka cari gaduh di kalangan adik beradik…fuyoooo…susah nak cakap. Gara2 mulut dia adik beradik tak nak balik melawat mak abah pasal mak abah duduk dgn dia. Kalo balik pun jumpa kat luar shj tanpa pengetahuan dia 🙁

  6. Mona says:

    rasanya bukan cari gaduh, tetapi nak tunjuk dia lebih dari orang lain. atau dia lebih hebat dari ipar duai yang lain kot. bila orang kurng dia kuka, tetapi kalau terlebih daripada dia , maka dia rasa tak senang hati, timbullah selisih faham, biasanya gitu kan?

  7. Izan says:

    Saya dan adik beradik pun selalu diburukkan oleh emak kami… Bila tinggal ngan saya, dia burukkan saya pada anak lain.. Tinggal dgn anak lain.. Dia burukkan yg tinggal bersama tu.. Ya Allah ampunilah emakku..tunjukkan ia jln yg benar..

  8. duaida ahmad says:

    Slm..sis sy da bc blog sis sme senasib dgn sy xtho ape kesudahan kami adik beradik..
    Wlu apepon emk buat pd kami ttap sygkn mk😭😭

  9. Era says:

    Saya pun sama… Difitnah mertua walau saya tak pernah buat mende buruk kat dia.. Saya layan dia dgn baik, tp dia dob je baik blakang kutuk saya mcm2.sedih rasa.. Tmabah plk dgn biras yg dengki kat saya dan bersekongkol plk dgn mak mertua.. Sbb mertua sya dia, padahal dia slalu bergaduh dgn mertua.

    • Mona says:

      Bermertua ni kena banyak bersabar, kurang bercakap, banyak jadi pemerhati, dan cuba berbaik dengan semua ipar duai, jika tak berjaya juga, pandai-pandailah jaga diri supaya tidak dipinggirkan atau dijadikan buah mulut ipar duai. lebihkan senyum, dan bantu takat mana khidmat diperlukan. pendek kata mesti banyak memahari masalah orang lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *