Rahsia Maznah Jadi Usahawan Terbilang

Keazaman yang kuat diiringi usaha gigih tidak hairanlah Maznah jadi usahawan terbilang

Keazaman yang kuat diiringi usaha gigih tidak hairanlah Maznah jadi usahawan terbilang

Oleh My

DIA boleh dipanggil wanita besi kerana kegigihannya membina kejayaan dalam perniagaan bermula dari kosong. Tetapi berkat keazaman, kerja keras, berani mencuba dan semangat kental yang dimilikinya, akhirnya dia dapat membina impiannya untuk jadi seorang usahawan wanita yang berjaya.
Wanita yang dimaksudkan ini adalah puan Maznah Yusof berasal dari Melaka tetapi kini bermastautin dan menjalankan perniagaannya di Bangi, Selangor.
Dulu masa muda sehabis sahaja sekolah menengah saya bernasib baik dapat kerja dengan sebuah bank di KL. Setelah berkahwin dan mempunyai anak, saya menghadapi masalah penjagaan anak, suami mencadangkan saya berhenti kerja supaya boleh menumpukan sepenuh masa kepada anak-anak dan rumah tangga. Itu cerita Puan Maznah ketika di temui di kedainya di Bangi baru-baru ini.
Ketika itu memang berat hati saya untuk berhenti kerja, sebab kerja bukan senang nak dapat lagi pun kita dah biasa pegang duit sendiri, kalau lepas berhenti mana kita boleh dapat duit. Semua kena tunggu belas ikhsan suami. Bukan senang.
Namun setelah 3 orang anak bersekolah, saya mempunyai banyak masa lapang setelah menguruskan rumahtangga memasak dan sebagainya. Jadi untuk memenuhi masa dan kerana minat untuk bekerja sendiri, maka saya ambil kesempatan belajar menjahit pakaian, kerana saya memang minat dalam bidang menjahit ini, ketika itu awal tahun 80an orang cuma tahu menjahit pakaian sahaja, tak lebih dari itu.
Saya belajar menjahit di IFTC yang terletak di Jalan Petaling ketika itu. Lama juga saya belajar sebab saya mahu benar-benar mahir dalam bidang memotong dan menjahit pakaian. Bukan mahu jadi pakar, tapi sekadar tahu selok belok menjahit, mesti tahu teknik memotong pakaian yang betul. Setelah mahir saya mengambil upah secara kecil-kecilan dari rumah, katanya.
Ketika saya belajar menjahit di IFTC dalam masa yang sama saya dalami lagi ilmu dengan belajar menyulam mesin untuk membuat tudung, dan pelbagai benda yang boleh disulam. Ketika itu saya belajar dengan karangkraft
Cita-cita beliau ketika itu mahu menjahit baju sulam, atau menjual kain bersulam untuk dijadikan pakaian. Ketika menjahit di IFTC itulah beliau bertemu dengan ramai orang antaranya termasuklah seorang lelaki yang berminat bidang mereka pakaian wanita. Kini beliau jadi seorang pereka pakaian yang terkenal di rantau Asia dan mungkin juga di Eropah. Rekaannya sentiasa menjadi perhatian ramai artis terkenal dan VIP.
Saya tak terkilan kerana tidak jadi pereka pakaian, kerana saya lebih berminat bahagian lain. Walaupun saya memang mahir dalam menjahit dan mereka pakaian wanita. Ceritanya lagi.
Dari pergaulannya yang luas dan mempunyai ramai kenalan itulah akhirnya beliau bertemu dengan ramai pelanggan yang menghadapi masalah untuk menempah langsir dan mereka hiasan dalam bilik khsusnya hiasan katil.
Menyedari potensi yang begitu luas dalam bidang jahitan langsir inilah beliau akhirnya mencari ilmu untuk mendalami bidang tersebut. Bukan sebuah kelas menjahit langsir yang beliau hadir, malah lebih dari empat kelas telah beliau telah cuba. Beribu wangnya habis dilaburkan untuk mempelajari bidang tersebut dengan lebih mendalam.

Selain menjahit langsir, beliau jua sedia mengambil tempahan untuk bilik pengantin.

Selain menjahit langsir, beliau jua sedia mengambil tempahan untuk bilik pengantin.

Kata Maznah tujuan dia belajar banyak kelas menjahit adalah semata-mata untuk mengetahui teknik yang lebih mudah menjahit pelbagai jenis atau fesyen jahit langsir. Akhirnya beliau berjaya. Kerana setiap guru mempunyai kemahiran yang berbeza, jadi jika kita mahu pandai kita mesti mencari lebih banyak guru supaya kita lebih banyak dapat ilmu.
Apabila niatnya dibulatkan untuk menjahit langsir, beliau tidak mahu lagi mencuba bidang lain maka beliau menghubungi sebuah syarikat pengeluar kain terkenal untuk lebih memudahkannya mendapatkan bekalan kain langsir dari pelbagai corak dan jenis.
Tindakan beliau tepat pada masa dan ketikanya, kerana waktu itu kebanyakan masyarakat mula sibuk ingin memiliki rumah sendiri dan sudah pasti mereka mahu menghias rumah supaya kelihatan cantik, maka Maznah menjadi pilihan mereka. Dari situlah kemudiannya beliau merangkak tangga kejayaan, bermula dengan menyewa sebuah kedai, dan akhirnya beliau berjaya membeli sebuah kedai dua tingkat yang terletak di Bangi untuk memudahkan beliau berurusan dengan pelanggan yang datang dari sekitar Bangi dan juga kawasan berhampiran.
Lama kelamaan beliau bukan sahaja memenuhi permintaan penduduk Bangi dan sekitarnya, malah ramai pelanggan dari seluruh Malaysia apabila mereka tahu Maznah boleh memenuhi hasrat mereka dengan upah yang tidaklah begitu mahal.

20121128_155517
Dalam pada itu beliau turut menerima tempahan dengan mengambil tender-tender kerajaan untuk membekal langsir dari jabatan-jabatan kerajaan, pusat-pusat pengajian tinggi, kolej dan syarikat swasta.
Lagi satu kemahiran Maznah beliau bukan setakat mahir menjahit langsir, tetapi mencakupi penyediaan kain untuk tutup tilam dan hiasan alas katil khususnya untuk bilik pengantin selengkapnya. Biasanya pelgan sama ada pengantin atau emak pengantim akan datang sendiri memilik corak kain, jenis kain dan fesyen hiasan bilik pengantin yang mereka sukai, kerana harganya memang sesuai.
Untuk melaksanakan perniagaannya itu beliau mendapat bantuan daripada para pekerjanya sama ada bekerja terus dengan beliau ataupun membantunya menjahit di rumah.

Sebahagian daripada ibu tunggal yang menghadiri kursus menjahit langsir dan rekaan barangan terbuang yang dianjurkan oleh Maznah di bengkelnya baru-baru ini.

Sebahagian daripada ibu tunggal yang menghadiri kursus menjahit langsir dan rekaan barangan terbuang yang dianjurkan oleh Maznah di bengkelnya baru-baru ini.

Selain itu beliau juga mengadakan kelas-kelas belajar menjahit langsir dan membuat alas tilam, cadar tilam, kusyen dan sebagainya. Dulu memang beliau banyak mengadakan kelas seumpama ini malah ada antara anak muridnya kini berjaya mengambil tempahan jahit langsir sendiri sama ada dari rumah ataupun membuka kedai sendiri.
Dalam pada itu beliau juga menjadi tenaga pengajar sambilan untuk kelas-kelas yang dianjurkan oleh persatuan-persatuan dengan bantuan dan sokongan Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat. Pada tahun lepas beliau mengendalikan beberapa kelas untuk untuk wanita untuk mengajar ahli-ahli beberapa buah persatuan termasuklah persatuan dan kumpulan ibu-ibu tunggal.
Sambutan memang menggalakkan. Kini Maznah boleh berdiri sama tinggal dengan tuan-tuan punya kedai atau pengusaha yang menjual langsir dari kaum lain. Paling membanggakan Maznah beliau berjaya mempunyai kedainya sendiri yang satu ketika dahulu tidak pernah dimimpikannya.

Carian pelawat:

  • usahawan jahitan langsir

4 Responses

  1. nadiah says:

    bagaimana saya boleh menghubungi puan maznah? 🙂

  2. nizz says:

    SLM…apabila mmbaca rahsia maznah jadi usahawan..hati sy berkobar2.mengikuti jejak nya

  3. Faridah.. says:

    Mcamna nk hubungi maznah

    • mona my says:

      minat nak belajar menjahit ke kalau minat sila datang ke tempat beliau di bangi , jika perlukan no tel beliau sila hantar wassap kepada beliau. dan terangkan apa yang puan minat.
      tel beliau ialah 0122782920. sila tinggalkan maklumat puan beliau akan jawab kalau tak boleh wassap hantar sms sahaja. tk.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *